Dun Pantai Damai fokus naik taraf prasarana sekolah

KUCHING: Menaik taraf prasarana sekolah dimasukkan dalam senarai projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dun Pantai Damai bermula tahun ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia termasuk kerja membaik pulih struktur sekolah yang diperlukan.

“Sebelum ini projek RTP fokus kepada pembangunan sistem perparitan, jalan raya, jeti dan prasarana sukan.

“Bermula tahun ini, kita mula melaksanakan projek RTP melibatkan infrastruktur sekolah,” katanya selepas meninjau projek RTP Dun Pantai Damai di Kampung Sibu Laut yang turut dihadiri oleh Ketua Kampung (KK) Sibu Laut, Senep Yaasin.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) itu menjelaskan, bagi SK Sibu Laut, keperluan utama melibatkan bekalan air bersih dan membaik pulih dewan yang uzur.

Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 8 April 2021

Suara Sarawak