ARTIKEL

Dun Sarawak bubar 3 November lalu – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mengisytihar bahawa Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubar berkuat kuasa 3 November lalu, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, pemakluman secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembubaran tersebut akan dibuat oleh Speaker Dun Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

“Ini adalah situasi yang unik, apabila Proklamasi Darurat (Sarawak) ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, secara automatik Dun terbubar.

“Jadi pemakluman mengenai perkara ini oleh Speakar Dun kepada SPR cuma satu prosedur rasmi,” katanya pada sidang media khas di Bilik Mesyuarat Utama, tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Menurut beliau, pemilihan tarikh yang sesuai bagi Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) adalah terpulang kepada SPR.

“Itu kerja mereka, cuma saya difahamkan bahawa SPR akan mengadakan mesyuarat nanti,” tambahnya.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU