ARTIKEL

DUN Sarawak lulus rang undang-undang elektrik (Pindaan)

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Elektrik (Pindaan) 2023 yang antara lain mengemas kini Ordinan Elektrik bagi tujuan memajukan dasar-dasar kerajaan negeri mengenai peralihan tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui bersih.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti 14 Ahli Dewan Undangan Negeri yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berkata pindaan itu sekali gus meningkatkan, mengukuh dan menambah baik peruntukan dalam Ordinan sedia ada.

“Dengan pindaan ini, kerajaan Sarawak akan dapat memudahkan pelaksanaan strategi dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 untuk peralihan tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui bersih dan mewujudkan industri elektrik yang mantap dan dikawal selia dengan baik, untuk menyokong pembangunan mampan Sarawak bagi menjadi kuasa besar serantau ASEAN.

“Ia akan memberi peluang kepada rakyat dan pelabur kita untuk mengambil bahagian dalam penjanaan kuasa, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi Sarawak sumber pendapatan tambahan,” katanya ketika menggulung pindaan rang undang-undang itu di Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke