ARTIKEL

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

DUN sebulat suara lulus pindah wang ke Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebulat suara meluluskan usul bagi mengeluarkan dana daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk dipindahkan ke Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak, semalam.

Usul yang dikemukakan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas itu disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada Persidangan DUN Ke-19 di sini, hari ini.

“Saya di sini mengemukakan usul di bawah Perkara 33(1)(c) Perlembagaan Sarawak dan Seksyen 6 Ordinan Lembaga Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak untuk membenarkan pengeluaran dana bagi tujuan pengagihan.

“Ini kerana di bawah Perkara 33(1)(c) Perlembagaan Sarawak memperuntukkan bahawa tiada dana hendaklah dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri melainkan jika ia dibenarkan untuk dikeluarkan melalui resolusi yang diluluskan DUN bagi tujuan pelaburan,” katanya.

Menurutnya, ia memandangkan pengoperasian Lembaga Kekayaan Berdaulat Dana Masa Depan Sarawak akan bermula pada 1 Januari 2024. Justeru adalah wajar diberi kuasa bagi pengeluaran dana tersebut untuk tempoh 20 tahun.

“Ia dikeluarkan berdasarkan jadual ditetapkan iaitu sehingga RM8.0 bilion untuk tahun 2024; sehingga RM300 juta setahun dari tahun 2025 hingga 2028; sehingga RM550 juta setahun dari tahun 2029 hingga tahun 2033 dan sehingga RM650 juta setahun dari tahun 2034 hingga tahun 2043,” jelasnya.

Untuk rekod, RUU Lembaga Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak, 2022 diluluskan pada November tahun lalu untuk menjana sumber pendapatan yang mampan generasi akan datang negeri ini.

LAIN-LAIN BERITA

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

Heret Bozz Jebat ke muka pengadilan dengan segera

KUCHING: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Idris Buang menyeru pihak polis agar Bozz Jebat segera disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya. Tegas

BERITA TERBARU