ERA pemerintahan Donald Trump, TikTok mempunyai sekitar 800 juta pengguna global. Kini aplikasi TikTok dimuat naik di perangkat pengguna seluruh dunia sebanyak 3.5 bilion atau “dinikmati” hampir separuh penduduk global menurut Sensor Tower. Bercakap tentang demokrasi dan kebebasan di dunia, AS meletak dirinya pada aras paling atas jaguh demokrasi dunia dan jago kebebasan. Dunia seperti tidak pernah bermasalah dalam berkompromi dan menerima masuk produk AS termasuk produk digital dan apa-apa jua aplikasi media sosialnya.
Namun, respons AS ke atas TikTok yang semakin mendapat perhatian warga dunia khususnya generasi baharu memberi rasa khuatir bagi Washington. China bagaimanapun menuduh AS berlebihan berkaitan larangan mengguna TikTok setelah menuduh media sosial itu mengancam keamanan nasional. Masih ingat 2020 ketika memuncaknya pandemik Covid-19 di seluruh dunia, di bawah pemerintahan Donald Trump, TikTok berdepan isu pertanyaan berkaitan risiko keamanan siber dan berisiko diharamkan di AS.
Kini, pada zaman pemerintahan Presiden Joe Biden, kesekian waktunya, TikTok timbul jadi debat umum, bahkan ia menghadapi ancaman dan taruhan lebih besar. Washington mengarah staf kerajaan menghapus TikTok dari semua perangkat digital mereka, masih atas alasan sama iaitu keselamatan nasional. Sekatan Dipercayai lebih separuh negeri di AS menghentikan TikTok, bahkan sebahagiannya melangkah lebih jauh menyekat aplikasi termasuk WeChat dan AliPay. Universiti Texas di Austin menyekat TikTok dari jaringan teknologi informasinya.
Sebelumnya, Universiti Oklahoma dan Universiti Auburn di Alabama turut mengambil langkah melarang TikTok. Sebelum ini, Dewan Perwakilan Rakyat mengajukan Deterring America’s Technological Adversaries Act (Data Act) diumumkan 24 Februari lepas yang memungkinkan Biden menyekat TikTok. Undang-undang membenarkan Biden turut boleh mengenakan penalti ke atas Tiktok. Jelas, Akta Data ini mengubah Berman Amendment ke atas International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) yang sudah wujud 35 tahun lalu – yang melarang kerajaan AS membatasi dunia bebas “material informasi” seperti filem, foto, berita dan media elektronik dari dan ke negara asing.
Undang-undang IEEPA ini turut digunakan TikTok dan peguam menentang sekatan ke atas media sosial itu. Gregory Meeks selaku perwakilan dari New York mengatakan, Akta Data dapat menjadi bumerang bagi AS. Meeks mengandaikan Akta Data dapat merosak hubungan AS dengan dunia yang akhirnya membawa lebih banyak negara lebih condong kepada China. Akta Data dinilai dapat merosak nilai inti AS yang menghargai kebebasan bercakap dan bekerja. Dalam surat American Civil Liberties Union menulis: “Kongres tidak boleh mensensor platform mana pun dan melarang warga AS memiliki hak konstitusional mereka untuk bebas berekspresi dan berbicara.
Dikatakan Kanada dan Kesatuan Eropah mengambil langkah sejajar AS hal berkaitan menyekat TikTok. Di India, TikTok dan puluhan aplikasi lain China dilarang pada 2020. Raih pendapatan Begitu sensitifnya AS ke atas TikTok ketika warga dunia “menikmati” dunia hiburan ringkas itu dengan sebahagiannya meraih pendapatan daripada media sosial itu. Ini sebaris alasan mengapa AS “takut” akan TikTok ketika aplikasi media sosial milik AS “baik-baik sahaja” di mata dunia TikTok dituduh mengumpul data pengguna secara berlebihan seperti lokasi pengguna, jenis perangkat digunakan dan dikatakan dapat mengesan aplikasi lain yang diguna pengguna.
Namun, Citizen Lab dan Georgia Institute of Technology menyimpulkan, jenis data yang dikumpul oleh TikTok tidak jauh berbeza dengan media sosial yang lain, maksudnya semuanya “okey- okey” sahaja. Selain itu, TikTok juga didakwa digunakan oleh China sebagai perisik ketika China mengatakan syarikat tersebut bebas tidak mengongsikan data pengguna dengan kerajaan China. Biasanya data pengguna digunakan oleh syarikat untuk menjual iklan di platform mereka. Bagaimanapun, TikTok menjadi sasaran AS kerana ia dimiliki raksasa teknologi ByteDance yang juga memiliki aplikasi kembaran Douyin, berpangkalan di Beijing, dan ia merupakan aplikasi mainstream non-AS. Pada masa yang sama, warga pengguna seluruh dunia tidak pula peduli dengan Facebook, Instagram, Snapchat, YouTube dan sebagainya milik syarikat berpangkalan di AS… yang dikatakan turut mengumpulkan data pengguna dengan cara yang sama.
Kepercayaan Adakah pemimpin negara dan pengguna global lainnya memiliki tingkat kepercayaan bahawa data yang diambil oleh platform tersebut dengan cara yang sama terjamin perlindungannya? Trump pernah menuduh pengumpulan data TikTok berpotensi memungkinkan China mengintai staf kerajaan AS. AS tentunya skeptis dengan frasa bahawa organisasi dan warga China diminta bekerjasama dengan badan perisikannya. TikTok juga mengatakan data pengguna disimpan di AS dan Singapura, serta tidak pernah disimpan di China, selain mempertimbangkan menyimpan data di Ireland.
TikTok turut dituduh menjadi aplikasi cuci otak dengan mendakwa ia dikawal untuk mempengaruhi operasi media sosial ini, alasannya kembaran TikTok iaitu Douyin – hanya tersedia di China dan disensor secara ketat. CEO TikTok, Shou Zi Chew bakal memberi kesaksian di depan jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan DPR AS berhubung kaitannya dengan pemerintah China, hujung Mac ini. Hubungan TikTok dengan kerajaan AS memanas kebelakangan ini berkaitan isu data pengguna. Malah TikTok meredakan kekhuatiran berkaitan data pengguna dengan mengaku menyimpan data pada server Oracle domestik serta sedia menghapus data dari servernya di Singapura.
TikTok di mata AS mirip “kuda trojan” dan dikatakan dapat menjadi senjata ampuh semasa konflik. Satu soalan dan menjadi persoalan, bagaimana jika China bertindak balas dengan cara yang sama dengan mengandaikan bahawa aplikasi dan produk AS berpotensi mengancam keselamatannya? Beijing direkodkan dalam beberapa fasa melakukan sekatan terhadap warganya daripada melayari atau menggunakan aplikasi Internet luar negara menggunakan The Great Firewall of China!