ARTIKEL

Dunk layak sertai England

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JURULATIH Brighton, Roberto De Zerbi menjelaskan bahawa Lewis Dunk merupakan watak utama membantu mereka cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus layak ke saingan Eropah musim depan.

Malah kapten berusia 31 tahun itu juga bermain dalam kesakitan untuk memastikan pasukan meraih slot Liga Europa.

“Dia beraksi dalam kesakitan kerana dia mempunyai masalah betis dan belakang tetapi dia tetap bermain setiap perlawanan,” katanya.

De Zerbi mengakui Dunk mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainannya yang berintensiti tinggi selepas dia menggantikan Graham Potter pada September tahun lalu.

Bagaimanapun pengendali dari Itali itu berkata, Dunk berjaya mengukuhkan statusnya sebagai pemain utama dan ‘layak’ untuk beraksi dalam kancah bola sepak antarabangsa mewakili pasukan kebangsaan England.

“Pada mulanya ia tidak begitu mudah untuk dia memahami idea saya tetapi dia sentiasa bersedia sepenuhnya,” kata De Zerbi.

Pengurus England, Gareth Southgate akan menamakan skuadnya bagi mengharungi aksi kelayakan Euro 2024 menentang Malta dan Macedonia Utara bulan depan.

Dunk pernah berada dalam skuad Southgate ketika mereka menewaskan Amerika Syarikat 3-0 dalam aksi persahabatan pada November 2018 tetapi tidak lagi beraksi untuk negaranya selepas itu.

Brighton mengesahkan tempat ke saingan Europa musim depan dengan baki dua perlawanan selepas menang 3-1 ke Southampton.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan