ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri China Li Qiang menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman diantara Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing di bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA

Durian segar Malaysia dieksport ke China, lebih 63,000 pengusaha raih manfaat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Buah durian segar dari Malaysia kini boleh dieksport ke China menerusi pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China semalam.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata sebelum ini Malaysia diberikan akses pasaran eksport ke China bagi durian dalam bentuk ulas dan pes pada 2011 dan buah durian sejuk beku dalam bentuk biji pada 2018. 

Beliau berkata tambahan akses durian segar ini akan mengembangkan industri tanaman durian tempatan dan meningkatkan nilai eksport agromakanan ke luar negara.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin pelaksanaan protokol ini akan menggalakkan perkembangan industri tanaman buah durian tempatan dan membuka peluang kepada lebih 63,000 pengusaha durian di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Melalui protokol itu juga, Mohamad berkata pengusaha durian yang berdaftar dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) berdasarkan pematuhan kepada syarat-syarat dalam protokol berkenaan dibenarkan untuk mengeksport buah durian segar ke China.

Pemain industri yang berminat untuk berdaftar sebagai pengeksport buah durian segar ke China boleh menghubungi Jabatan Pertanian (DOA) dengan mengemukakan e-mel kepada pro@doa.gov.my dan myskim@doa.gov.my.

Dalam tempoh lima tahun dari 2018 hingga 2022, jumlah nilai eksport durian ke luar negara telah berkembang sebanyak 256.3 peratus atau peningkatan sebanyak RM822.8 juta. 

Pada 2022, eksport durian Malaysia ke seluruh dunia mencatat nilai RM1.14 bilion. Secara keseluruhan, durian merupakan penyumbang utama iaitu 58.6 peratus kepada nilai eksport buah-buahan negara pada 2022 daripada keseluruhan nilai eksport buah-buahan yang bernilai RM2.01 bilion. 

China merupakan pasaran eksport utama durian dari Malaysia dengan nilai eksport RM887 juta pada 2022. Nilai eksport durian diunjur akan terus meningkat kepada RM1.8 bilion pada 2030.

Terdahulu, protokol itu telah dimeterai oleh Mohamad dan Menteri GACC Yu Jianhua. 

Dokumen itu diserah terima antara Mohamad dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dalam majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Persetujuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang.

BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU