Trending

Duta Croatia kunjung hormat Bintulu Port

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) berbesar hati menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Croatia ke Malaysia, Dr. Ivan Velimir Starčević ke Wisma Kontena BPHB, di sini, petang tadi.

Ketibaan delegasi tersebut disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Ruslan Abdul Ghani dan barisan kepimpinan dan pengurusan BPHB. 

Dalam lawatan itu, Dr Ivan dan delegasi diberikan   taklimat korporat mengenai perniagaan BPHB dan operasi pelabuhan.

Bidang tumpuan perbincangan termasuk kerjasama berpotensi dalam tenaga hijau, biojisim, dan inisiatif pelabuhan pintar.

Dr. Ivan velimir Starcevic tiba di Kuching pada petang Isnin lalu untuk mengadakan lawatan kerja rasmi selama empat hari ke Kuching dan Bintulu bermula 27 hingga 30 Mac.

Sepanjang empat hari, beliau telah mengadakan  kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri  Abang Johari Tun Openg, di Wisma Bapa Malaysia disusuli lawatan ke Muzium Budaya Borneo selain menghadiri makan malam tertutup  bersama Penasihat Undang-Undang Negeri Sarawak, Dato Sri J.C.Fong, pada sebelah malamnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru