ARTIKEL

Chen Xu | BERNAMA

Duta China kemuka tiga saranan untuk memperkasakan golongan OKU di pentas PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GENEVA: China sentiasa mengutamakan usaha pemerkasaan orang kurang upaya (OKU) dengan menguatkuasakan  lebih 90 undang-undang bagi menjamin hak dan kepentingan golongan berkenaan.

Demikian kata wakil tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu ketika berucap pada mesyuarat sampingan sempena ulang tahun ke-10 mekanisme Pelapor Khas mengenai Hak OKU pada Selasa.

Chen berkata China mewujudkan sistem subsidi yang meliputi lebih 27 juta warga OKU, selain memperkenalkan program khas bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan wanita OKU.

Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-20 Konvensyen mengenai Hak OKU (CRPD).

Beliau berkata China bersedia bersama semua pihak menghapuskan kesulitan didepani golongan OKU menerusi tindakan konkrit bagi memastikan sasaran ‘tiada seorang pun ketinggalan’ dapat dicapai.

Duta China itu turut mengemukakan tiga saranan untuk memperkasakan hak OKU, yakni menggalakkan keterangkuman serta menghapuskan prasangka dan diskriminasi terhadap golongan itu; mempercepat pembinaan kemudahan bebas halangan dan mesra warga emas serta menyempurnakan sistem bantuan; menggalakkan pekerjaan dan keusahawanan OKU serta memastikan mereka terlibat dalam urusan ekonomi, sosial dan budaya secara sama rata.

Mesyuarat itu anjuran bersama Misi Tetap China ke Pejabat PBB di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Pelapor Khas mengenai Hak OKU Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR), Misi Tetap Mexico, New Zealand dan Finland ke Geneva, serta Wanita PBB.

Lebih 100 orang pegawai diplomat, wakil institusi antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan serta pengamal media menyertai mesyuarat berkenaan secara hibrid. — BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP