ARTIKEL

Kredit : Fb Embassy of Japan in Malaysia - BERNAMA

Duta Jepun ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia dengan cara yang unik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Duta Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi mengutus ucapan selamat maju jaya kepada rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 tahun ini menerusi cara yang istimewa.

Duta itu memuat naik video berdurasi dua minit di halaman media sosial rasmi kedutaan (Facebook dan X), menunjukkan beliau sedang menikmati makanan istimewa ‘Mamak’ yang disifatkannya sebagai bahagian penting dalam budaya Malaysia.

“Saya mengucapkan ‘Selamat Hari Merdeka’ (Selamat Hari Kebangsaan) kepada semua rakan Malaysia. Kami berharap agar Malaysia sentiasa dikurniakan keamanan dan kemakmuran.

Sempena menyambut kemerdekaan, saya datang ke Kedai Mamak bersama rakan-rakan kedutaan. Makanan mamak adalah sebahagian besar budaya Malaysia, jadi saya sangat gembira untuk mencubanya,” kata duta itu.

Takahashi dilihat menikmati makanan dan minuman seperti nasi kandar, maggi goreng, teh tarik, milo dinosaur’, roti tisu dan roti canai.

Sambutan utama Hari Kebangsaan tahun ini berlangsung di Dataran Putrajaya, pada Khamis.

Tema ”Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ selari dengan tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyatnya yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda