ARTIKEL

e-tiket bot ekspres diperkenal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sarawak memperkenalkan tiket secara atas talian untuk keselesaaan penumpang bot ekspres pada Mei depan.

Kementerian Pengangkutan Sarawak kini masih dalam proses untuk mendapat kelulusan dari-pada Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Bagi fasa pertama ini, sistem tersebut akan dilaksanakan untuk semua bot ekpres di wilayah tengah iaitu Sibu, Kapit,
Song dan Kuching. Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, jika semuanya berjalan dengan lancar, kemudahan e-tiket untuk fasa pertama ini dapat dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini.

“Ini adalah sebahagian daripada program kementerian untuk menaik taraf perkhidmatan kita selari dengan Sarawak menuju ekonomi digital,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Pengangkutan Sungai Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2020 di Terminal Penumpang Sibu (TPS).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, bagi kawasan lain ia berdasarkan permintaan, keperluan dan sebagainya.

“Kita laksanakan di kawasan wilayah tengah dulu kerana pengangkutan sungai amat diperlukan di sini,”tegasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, rekod penumpang bot di seluruh Sarawak bagi tahun 2018 hingga 2019 telah menunjukkan peningkatan ketara.

“Pada tahun lepas (2019), kita merekodkan penumpang sebanyak 2,893,871 dan rekod penumpang pada tahun 2018
adalah sebanyak 2,518,249 penumpang.

“Jadi, terdapat peningkatan sebanyak 30 peratus,” katanya.

Sementara itu, Lee menegaskan bahawa kementeriannya melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) akan terus berusaha bagi memastikan semua terminal penumpang bot ekspres yang sedia ada adalah dalam keadaan baik dan selamat untuk penumpang.

Sehubungan itu katanya, kementeriannya memperuntukan kira-kira RM500,000 untuk kerja-kerja menaik taraf fasiliti di bahagian tingkat atas TPS Sibu yang dijangka akan bermula tahun ini.

“Hari ini kita akan beri tapak pembinaan kepada pihak kontraktor. Kita harap kerjakerja naik taraf akan bermula tidak lama lagi dan semuanya akan siap dalam tahun ini juga.

“Apabila siap kelak, pejabat penguatkuasa akan berpindah di tingkat atas dan ruang bawah akan menjadi lebih luas
untuk keselesaan para penumpang bot ekspres,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan