ARTIKEL

Suspek warga asing yang ditahan di kawasan  Pasar Lama Bintulu, Ahad lalu  dipercayai dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sekitar Bintulu

Edar dadah di Bintulu, lelaki warga asing dicekup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU:  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu menahan seorang lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan Bintulu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Bartholomew Umpit berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di kawasan Pasar Lama Bintulu, Ahad lalu.

Beliau berkata, suspek itu ditahan dan disiasat di bawah  Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya(ADB)1952.

Turut dirampas katanya, dadah disyaki jenis syabu seberat 21.89 gram.

“Hasil siasatan awal mendapati dadah  tersebut dipercayai untuk pengedaran di sekitar kawasan bandar dan ladang serta boleh digunakan untuk 50 orang penagih.

“Di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, suspek  boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali.

“Manakala, jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan pengawasan dua tahun,” ujarnya.

Manakala, hasil ujian saringan awal polis, mendapati  suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Baca lain  Rayuan enam lelaki kes bunuh Morais ditolak

Sementara itu, suspek warga asing terlibat itu juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 ekoran  tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,

Kesalahan ini katanya memperuntukkan hukuman denda tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya  sekali dan sebatan tidak melebihi  dari enam kali sebatan, jika disabit kesalahan.

Menurut Bartholomew, tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, di samping mencegah aktiviti jenayah di Daerah Bintulu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah di daerah ini diseru untuk memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304 bagi tindakan lanjut,” tambahnya lagi.

Dadah jenis syabu seberat 21.89 gram yang dirampas daripada suspek warga asing pada Ahad lalu

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh