ARTIKEL

Edar dadah, lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat aktiviti pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, Alexson Naga Chabu berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek yang berusia 25 tahun itu, polis merampas sebuah beg berisi pelbagai jenis dadah disyaki ekstasi seberat 935.10 gram dan ketamin seberat 8.40 gram dengan jumlah rampasan bernilai RM22,339.30.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali sebatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Sehubungan itu, pihak polis menasihati masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka, agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,