ARTIKEL

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang bersama Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Aminuddin Hassim menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara wakil EdgeConneX dan Cyberview Sdn Bhd pada Majlis Penutup Cyberview Innoex 2023. Turut hadir, Pengerusi Cyberview Sdn Bhd Datuk Romli Ishak (kiri). | BERNAMA

EdgeConnex yang berpangkalan di AS bangunkan kampus pusat data 200MW di Cyberjaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CYBERJAYA: Cyberview Sdn Bhd (Cyberview), pembangun hab teknologi telah memuktamadkan perjanjiannya dengan EdgeConneX, penyedia pusat data yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) untuk menubuhkan kampus pusat data di Cyberjaya yang berkapasiti lebih 200 megawatt (MW).

EdgeConneX pada awal bulan ini menandatangani perjanjian jual beli dengan Cyberview untuk membeli lot perusahaan seluas kira-kira 12.14 hektar untuk pembangunan kampus pusat data, yang akan menawarkan kapasiti dan kuasa berskala bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview Kamarul Ariffin Abdul Samad berkata pelaburan EdgeConneX merupakan satu pencapaian yang signifikan dan meletakkan Cyberjaya sebagai destinasi utama untuk penyedia pusat data ‘hiperskala’.

“Komitmen kami untuk memupuk inovasi, digabungkan dengan ekonomi digital Malaysia yang semakin berkembang, akan meningkatkan lagi permintaan untuk pusat data yang berpangkalan di bandar kami.

“Kami juga menganggarkan pelaburan teknologi sebanyak RM35 bilion dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, yang sejajar dengan kedudukan Cyberjaya sebagai lokasi pelaburan teknologi pilihan,” katanya dalam satu kenyataan sempena majlis penutupan InnoEx di RekaScape, di sini semalam.

Semasa majlis itu, Kamarul Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama EdgeConneX, Randy Brouckman bertukar-tukar dokumen perjanjian, disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Brouckman berkata kampus baharu itu akan menyediakan kapasiti dan inovasi yang diperlukan bagi perniagaan di hab teknologi untuk berkembang, memenuhi keperluan ‘hiperskala’ dan pelanggan perusahaan yang semakin meningkat.

“Kampus ini juga dijangka mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan merentasi pembinaan, pengurusan, fungsi dan peranan operasi di bandar ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Cyberview Datuk Romli Ishak dalam ucapannya pada majlis penutupan itu berkata tumpuan pasukan Cyberview adalah untuk memastikan Cyberjaya tetap menjadi lokasi pelaburan teknologi pilihan sama ada dari dalam atau luar negara.

Katanya Cyberview sedang memperhalusi pelbagai minat daripada pembangun pusat data ‘hiperskala’ yang meyakinkan pihaknya bahawa Cyberjaya semakin menjadi pilihan pelaburan untuk pusat data.

“Pada masa sama, usaha sedang dilakukan untuk memajukan tiga kluster teknologi iaitu mobiliti pintar, penjagaan kesihatan pintar dan digital kreatif yang amat penting bagi memastikan perkembangan ekosistem teknologi berterusan di Cyberjaya,” katanya.

Berlangsung dari 6-9 Sept, InnoEx mempertemukan perintis industri, peneraju pemikiran, usahawan, peminat teknologi dan komuniti untuk penerokaan luar biasa teknologi inovatif terbaik yang dibangunkan di Cyberjaya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hasrat Tariq jemput Jokowi ke majlis perkahwinan

PERSONALITI media sosial, Tariq Halilintar dan Aaliyah Massaid membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang dirancang pada tahun ini.  Bagaimanapun, Tariq berharap agar Presiden Jokowi

Pakai kasut tumit tinggi

“Saya rajin membaca artikel berkaitan pentas peragaan di Internet dan kerap menonton pertunjukan fesyen menerusi pelbagai program ratu cantik,” ujarnya. Selain itu, pada 2019 dan

Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan praktik penting BRI

BEIJING: Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bakal menjadikan Kyrgyzstan sebagai sebuah negara transit yang mempunyai potensi amat besar, kata Perdana Menteri Kyrgyzstan Akylbek Japarov. Menurut Japarov, beliau turut