ARTIKEL

Logo M. Rajah bagi kolum beliau dalam akhbar 'The New Sarawak Tribune.

Editor Bersekutu ‘New Sarawak Tribune’, M. Rajah terima Anugerah Apresiasi Khas Premier Sarawak sempena HAWANA 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Memegang semangat dan prinsip tegas untuk sentiasa komited melakukan yang terbaik menjadi kunci utama dalam kerjaya Editor Bersekutu ‘New Sarawak Tribune’, Murugaiah Meyappan @ M. Rajah.

Dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Apresiasi Khas Premier Sarawak sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 menjadi satu pencapaian bermakna selepas 45 tahun terlibat dalam dunia kewartawanan.

M. Rajah, 66, berkata beliau sepatutnya menjadi seorang peguam tetapi Tuhan telah membuka jalan terbaik untuknya sebagai seorang wartawan.

“Justeru, saya sentiasa percaya bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam apa juga bidang yang diceburi, seseorang itu perlu memberikan yang terbaik dan komited dalam usahanya,” katanya.

Tambahnya, beliau juga ingin berkongsi kegembiraan tersebut dengan rakan-rakan di ‘New Sarawak Tribune’ dan rakan-rakan lain di pelbagai akhbar serta portal berita tempat beliau pernah berkhidmat sebelum ini.

“Saya berterima kasih kepada rakan sekerja dan ‘bos’ saya – dahulu dan sekarang, termasuk Tan Sri Clement Hii, bekas timbalan pengerusi ‘The Star’, atas keyakinannya kepada saya sebagai seorang wartawan, dan ‘bos’ saya sekarang, Datuk Jeniri Amir, kerana memberi saya semangat untuk meneruskan minat dalam bidang kewartawanan.

“Paling penting, saya berterima kasih kepada keluarga kerana memberi saya sokongan, tanpa mereka saya tidak akan berada di tempat ini.

“Merekalah yang memberi saya alasan untuk meneruskan semangat kewartawanan saya,” ujarnya.

Rajah, yang dilahirkan pada 14 Disember 1958, merupakan seorang wartawan yang terkenal dalam bidangnya.

Beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti kanan, baik bagi akhbar peringkat nasional mahupun Sarawak, serta portal berita.

Beliau secara rasmi memasuki industri akhbar pada Februari 1979 sebagai wartawan jenayah/mahkamah ketika berusia 20 tahun untuk ‘Sarawak Herald’ yang berpangkalan di Sibu, dan lima bulan kemudian beliau menyandang jawatan sub-editor.

Kemudian, apabila Ketua Pengarang memutuskan untuk melanjutkan pelajarannya, Rajah diminta untuk menerajui akhbar itu sekali gus menjadi antara yang paling muda pernah memegang jawatan editorial tertinggi.

Selepas dua tahun berkhidmat sebagai editor utama ‘Sarawak Herald’, beliau berpindah ke ‘Malaysian Focus’, sebuah tabloid yang menarik, pada 1981 sebagai editor.

Pada pertengahan 1983, beliau telah ditawarkan jawatan Editor Sukan di ‘The Borneo Post’ di Sibu.

Pada 1986, beliau berpindah ke Kuching untuk menjadi Timbalan Ketua Pengarang akhbar tersebut dan juga Utusan Borneo.

Pada tahun 1996, beliau telah diberi tugas tambahan untuk mengambil alih meja baharu sebagai ketua pemberita dan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarang Wilayah bagi kedua-dua akhbar itu pada 2001 dan kekal dalam jawatan itu hingga 2006.

Pada Disember 2006, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan untuk Sabah dan Sarawak dengan tanggungjawab tambahan mengetuai ‘The Sunday Pos’ dan ‘Borneo Post Onlin’ di mana beliau membantu menubuhkannya.

Beliau juga memperkenalkan bahagian Iban di ‘Utusan Borneo’ untuk memperluaskan edarannya.

Anrara jawatan lain yang disandang termasuk Pengarang (Sabah dan Sarawak) ‘The Star’ dan Pengarang Eksekutif ‘New Sarawak Tribune’

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU