Trending

EFS jamin masa depan anak Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI : Kewujudan Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan salah satu insiatif jangka panjang bagi memastikan generasi muda di negeri ini menikmati masa depan yang lebih terjamin.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, EFS merupakan dana yang tersimpan dalam bank pada kadar 4.2 peratus dan boleh dikeluarkan apabila seorang anak Sarawak itu mencapai usia 18 tahun.

Katanya, tabungan itu merupakan persediaan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi atau membina kerjaya dalam bidang perniagaan.

“Yang penting ialah setiap anak Sarawak itu ada simpanannya untuk masa depan, terutama sekali simpanan untuk pendidikan.

“Bahkan, kita tidak mahu generasi muda tercicir dalam pendidikan hanya kerana tidak mempunyai perbelanjaan peringkat awal ke universiti,” katanya kepada media selepas penyerahan Kumpulan Wang Wakaf Sarawak (EFS) di Hospital Sarikei, hari ini.

Fatimah berkata, sejak pelaksanaannya bermula Januari 2019 , kerajaan membuka sebanyak 94,781 akaun EFS dengan peruntukan RM94.7 juta.

Dalam pada itu katanya, kementeriannya sudah menerima 8,911 pemohonan bagi pembukaan akaun tabungan berkenaan sehingga 31 Mei lalu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Mohammad Razi Sitam, ADUN Meradong, Datuk Ding Koung dan Pengarah Hospital Sarikei, Dr. Mohamad Ng Siah Huat.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru