ARTIKEL

Ejen bantu jualan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

“Setelah menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2020, saya berhasrat membantu menguruskan perniagaan ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dedahnya, produk paling mendapat sambutan ramai ialah kuih redem dan ia mempunyai tiga perisa iaitu asli, bijan dan pandan.

Kuih ini juga dihasilkan dengan saiz kecil dinamakan sebagai redem mini.

“Terdapat empat jenis pembungkusan iaitu biasa, perjalanan, cenderamata dan pek mini.

“Pada awalnya, ia dibungkus menggunakan bungkusan plastik seperti biasa, namun ibu mendapat idea untuk tambah baik cara pembungkusan agar lebih menarik, kemas dan cantik.

“Cara pembungkusan pek perjalanan menggunakan beg zip kedap dan ia sangat diminati ramai kerana jenis pembungkusan sesuai untuk dibawa ke mana-mana serta kedap udara.

“Bungkusan cenderamata sesuai untuk majlis keramaian seperti perkahwinan, mesyuarat, tahlil, musim perayaan dan sebagainya.

Ia mendapat tempahan tinggi terutama pada majlis perkahwinan dan musim perayaan,” jelasnya.

TINGGI PERMINTAAN

Di samping itu, kuih gigit manis juga turut mendapat sambutan ramai dan ia dibungkus menggunakan beg kedap udara bagi memudahkan pelanggan membuka dan menutup semula bungkusan.

“Alhamdulillah, produk Nekma Biz-Snack diterima ramai dan majoriti yang menjadi ejen bermula sebagai pelanggan, kemudian mereka berminat menjual semula produk kami.

“Disebabkan tempahan yang tinggi, kami menggunakan acuan khas daripada Uren Customade Woodworks dan ia sangat membantu terutama memproses kuih.

“Dengan adanya acuan khas ini, kami dapat menyiapkan tempahan pelanggan dengan lebih pantas serta menjaga rupa bentuk kuih.

“Kami juga menghantar produk ke luar Mukah dan seluruh Sarawak.

Ia boleh didapati di Lapangan Terbang Kuching, Miri, Bintulu, Sibu Mukah dan Terminal Bas Kuching serta Bintulu,” katanya lagi.

Tambahnya, produk ini turut dihantar ke Emart Tudan Miri, Tamu Muhibbah Miri, Hijrah Suri Sibu. D’Ombak Sibu, Swan Square Sibu, Wadira Food Court Saratok dan Danial Bundle.

Baru-baru ini, mereka juga mendapat permintaan tinggi dari Penjara Bintulu.

“Tempahan paling tinggi adalah dari Kuching, Miri dan Bintulu.

Kami mendapat tempahan luar Sarawak seperti di Kuala Lumpur, Universiti Utara Malaysia Kedah, Negeri Sembilan dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Alhamdulillah, bukan setakat dalam Malaysia, malah ia juga

mendapat tempahan dari luar negara seperi Brunei dan Dubai,” ujarnya lagi.

CABARAN

Sehubungan itu, Maizatul mendedahkan cabaran yang dihadapi oleh mereka ialah peningkatan kos bahan mentah dan sukar menaikkan harga jualan.

“Musim tengkujuh juga menjadi cabaran kerana bahan utama seperti gula apong sukar didapati.

“Seterusnya cabaran mencari pembungkusan yang dikehendaki pelanggan dan kami terpaksa menempah dari tempat lain untuk mendapatkannya.

“Tetapi setakat ini, semua cabaran yang dihadapi dapat diatasi,” ujarnya.

Maizatul turut berharap agar mereka dapat membuka premis perniagaan baharu yang lebih besar dan selesa untuk memproses produk dan lebih ramai ejen bersama-sama menjual produk mereka.

“Kami berhasrat membuka cawangan Nekma Biz-Snack di daerah lain agar produk ini dipasarkan secara meluas dan dikenali ramai.

“Dengan adanya premis dan cawangan baharu kelak, ia secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan sekali gus membantu menjana pendapatan masyarakat setempat,” tambahnya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk Nekma Biz-Snack, boleh berkunjung ke kedainya di No.223 Kampung Kuala Tengah, Oya atau hubungi 012-8718483 (Eefah Anees) atau 014- 8851559 (Mai Nina) dan Facebook Nekma Biz-Snack.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU