ARTIKEL

Ejen insuran rugi RM140,000 akibat pekerjaan sambilan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang ejen insuran di sini kerugian RM140,000 selepas diperdaya sindiket yang menawarkan pekerjaan sambilan dalam talian. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada wanita berusia pertengahan 30an itu pada 1 September lalu.

Katanya, mangsa semasa berada di rumah pada 27 Ogos lalu, nombor telefonnya telah dimasukkan dalam kumpulan Whatsapp nama CMC 206 dan kumpulan Telegram GIC pre-order group 10500.

“Mangsa telah ditawarkan kerja sambilan dalam talian dan diterangkan cara untuk mendapatkan duit dengan melanggan saluran di aplikasi Youtube oleh seseorang yang menggunakan nama Gerry (suspek).

“Setiap langganan akan dibayar insentif berjumlah RM8.90 dan boleh mencecah RM219.80,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Azman berkata, mangsa kemudiannnya telah mendaftar masuk ke dalam akaun GIC Media Mall melalui pautan gicmediamall.com yang diberikan dalam kumpulan telegram.

Katanya, mangsa diarahkan menekan logo dalam aplikasi tersebut dan melakukan sembilan kali transaksi pemindahan wang secara berperingkat ke dalam lima akaun ban berbeza sekitar hujung bulan Ogos.

“Mangsa sedar dirinya telah ditipu apabila tidak lagi mendapat wang pulangan seperti dijanjikan oleh suspek.

“Mangsa hanya mendapat pulangan sebanyak RM300,” katanya.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di