ARTIKEL

Ejen insurans berputih mata RM333,600, diipu sindiket pelaburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IIPOH: Seorang ejen insurans kerugian RM333,600 selepas dipercayai diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud menerusi media sosial.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 46 tahun itu yang tinggal di Taman Pari, di sini, Selasa lepas.

“Siasatan mendapati pada 15 Oktober lepas, semasa berada di sebuah medan selera di Taman Canning di sini, pengadu (mangsa) berkenalan dengan seorang wanita bernama Eva yang berperanan sebagai pentadbir satu kumpulan WhatsApp, melalui pautan di Facebook.

“Melalui medium media sosial itu, suspek (wanita) memperdaya pengadu untuk membuat pelaburan menggunakan aplikasi ‘Bain Online’ yang tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, dalam tempoh antara 19 Oktober dan 12 Disember lepas, mangsa melakukan 12 transaksi ke dalam lima akaun berbeza membabitkan nilai keseluruhan RM333,600.

Menurut Mohd Yusri, mangsa mula menyedari ditipu selepas suspek memintanya membuat bayaran komisen sebanyak RM57,400 terlebih dahulu sebelum wang keuntungan daripada pelaburan itu diserahkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis ingin memberi peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan menerusi media sosial,” katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 jika menjadi mangsa penipuan skim pelaburan yang tidak wujud.

“Sebarang pertanyaan mengenai jenayah penipuan, mereka boleh menghubungi CCID Infoline di talian 013-2111222 (WhatsApp sahaja) yang beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan

Oleh Noraizura Ahmad KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang kini sudah memasuki lebih dua

BERITA TERBARU

Wanita maut ditikam di Sibu

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Sibu

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu