Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Ejen judi dalam talian dicekup di Jambusan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BAU: Seorang lelaki disyaki ejen judi dalam talian ditahan polis di sebuah premis di Jalan Jambusan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superitenden Poge Nyaon berkata, suspek, 35, yang juga pembantu kedai ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bau menerusi Op Dadu kira-kira jam 5 petang.

“Selain tangkapan terhadap suspek, pasukan operasi turut merampas seunit telefon bimbit, satu kad sim dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semakan terhadap rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara jika sabit kesalahan.

TAHAN… Suspek disyaki ejen judi dalam talian ditahan sepsukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bau.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru