CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Ejen judi dalam talian ditangkap di sebuah mall

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PADAWAN: Dua individu disyaki ejen judi dalam talian ditangkap hasil serbuan polis terhadap dua premis di kawasan Kuching City Mall Jalan Penrisen di sini, semalam.

Kedua-dua suspek gagal meloloskan diri sebaik premis tersebut diserbu sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan sekitar jam 4 petang semalam.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata suspek kini masing-masing ditahan di Balai Polis Beratok dan Balai Polis Siburan.

Dedahnya, salah seorang suspek merupakan warganegara asing manakala suspek wanita merupakan warga tempatan.

Menurutnya siasatan berhubung kes kini sedang dijalankan di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Imigresen 1959/63.

Turut dirampas hasil serbuan katanya, dua buah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM208 disyaki barangan kes terhadap judi dalam talian.

Tahan…Dua suspek ditahan, suspek lelaki adalah warga asing manakala suspek wanita warga tempatan

 

Tahan…Dua suspek ditahan, suspek lelaki adalah warga asing manakala suspek wanita warga tempatan

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru