Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Ejen judi ‘online’ Kampung Podam diberkas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BAU: Dua lelaki tempatan disyaki ejen penjualan judi dalam talian ditangkap hasil dua serbuan berasingan polis di Kampung Podam, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, serbuan terbabit dijalankan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau menerusi Ops Dadu Khas.

Menurutnya hasil serbuan berjaya mengesan dan menahan dua lelaki masing-masing berusia 22 dan 34 tahun disyaki menjadi ejen menjual judi dalam talian kepada pelanggan di sekitar Kampung Podam.

“Serbuan pertama pada jam 5.45 petang telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun di sebuah kedai makan.

“Manakala seorang lagi suspek, 34, ditahan sekitar jam 6 petang di hadapan sebuah rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, serbuan turut merampas barangan kes termasuk dua telefon bimbit, dua kad sim dan sejumlah wang tunai.

Poge menambah semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika sabit kesalahan suspek boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

RAMPAS…Wang tunai dan telefon bimbit yang dirampas daripada suspek.
TAHAN…Kedua-dua suspek ditahan hasil Ops Dadu Khas oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru