Ejen tambah nilai judi ditangkap

BAU: Seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai ejen tambah nilai judi dalam talian ditangkap polis di sebuah premis Super Mart Sublot 15 berhampiran Jalan Semenggok, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bau sekitar jam 1.15 tengah hari.

“Suspek ketika serbuan ‘Op Dadu’ disyaki sedang menjalankan tambah nilai aktiviti perjudian SCR dalam talian.

RAMPAS… seunit telefon bimbit dan wamg tunai hasil rampasan polis di lokasi serbuan

“Seunit telefon bimbit dan wang tunai dipercayai barangan kes turut dirampas,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek bersama barang rampasan seterusnya dibawa ke IPD Bau untuk tindakan lanjut.

Dedahnya, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun.

Suara Sarawak