ARTIKEL

Ekonomi dan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ISU berkaitan ekonomi, kos sara hidup dan harga barang semakin meningkat bukan perkara asing lagi.

Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga beras, semakin ramai yang tertekan walaupun mempunyai pekerjaan.

Baru-baru ini, penulis membuat tinjauan bekalan beras di sekitar kawasan Mukah dan menemu bual beberapa orang awam dan pemilik premis makanan.

Tidak dinafi kan, bekalan beras di Mukah setakat ini masih mencukupi dan tidak mempunyai masalah.

Paling menyedihkan apabila ada yang mengatakan; “saya sedih dengan ekonomi kita sekarang lebih-lebih lagi apabila harga beras meningkat, nasib baik belum gantung diri.

Sekarang, saya makan nasi sekali sehari pada waktu malam bersama-sama anak, supaya mereka tidak tahu keperitan yang perlu saya lalui”.

Walaupun ayat tersebut kedengaran seperti gurauan, tetapi jika kita lihat keadaan semasa, perkara tersebut boleh berlaku sekiranya individu itu tidak mampu bertahan terutama bagi mereka yang berkeluarga.

SUARA TIDAK DIDENGARI

Bukan itu sahaja, ada antara mereka sedih kerana kerajaan tidak mendengar suara rakyat walaupun media menyiarkan suara kepayahan rakyat disebabkan tekanan ekonomi.

Di Facebook contohnya, ramai warganet mengeluh dan tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Tetapi, seperti tiada penyelesaian kepada masalah tersebut.

Bahkan, harga barangan di pasaran semakin naik.

Jika hari ini kita dikhabarkan dengan harga beras meningkat, esok barangan lain pula meningkat.

Bagi peniaga pula, tiada cara lain untuk mereka meneruskan perniagaan walaupun harga beras dan barang mentah meningkat.

Jika tidak membuka kedai, bagaimana dengan pendapatan harian?

Bagaimana dengan nasib pekerja?

Semuanya menjadi persoalan dan perlu diambil kira.

Sehubungan itu, baru-baru ini juga, Menteri Ekonomi Rafi zi Ramli menyatakan tabiat makan di luar menyebabkan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan rakyat di Malaysia dihabiskan bagi memenuhi keinginan tersebut.

Kenyataan tersebut tentunya menyebabkan pemilik premis makanan buntu meneruskan perniagaan kerana kenaikan harga barang menjadi faktor orang ramai memilih untuk memasak sendiri di rumah.

Salah seorang pemilik premis makanan berkata, mereka hanya mengikut rentak pihak kerajaan.

Sekiranya harga barang meningkat, maka mereka juga menaikkan harga makanan.

Jika masih menjual pada harga yang sama, tentu mereka rugi.

“Disebabkan suara rakyat tidak didengari, kita hanya mampu mengikut rentak mereka (kerajaan).

Kita juga tidak boleh mengalah dalam perniagaan, kerana ekonomi terus meningkat.

Sebagai rakyat biasa, kita hanya mampu bertahan, tetapi sampai bila?” ujarnya.

Dalam masa yang sama, ramai juga pemilik premis makanan terpaksa tutup kedai disebabkan tidak mampu menanggung kerugian.

Kadang-kadang perolehan jualan hanya digunakan untuk membayar sewa premis.

Bukan sahaja premis makanan, malah peniaga kecil turut terkesan kerana kuasa beli menurun, harga barang meningkat. 

CARI PENYELESAIAN SENDIRI

Disebabkan tiada pilihan lain, selain bertahan dan menghadapi ekonomi ini, Pakar Pengurusan Kewangan Profesor Adjung Ahmad Zakie Ahmad Shariff dalam sebuah media tempatan memberi beberapa kaedah praktikal untuk berdepan dengan keadaan ekonomi.

Dedahnya, anggaran perbelanjaan bulanan keluarga perlu dilakukan bagi mencapai matlamat realistik dengan pendapatan.

Seterusnya, kita perlu memikirkan cara untuk menambah pendapatan keluarga secara konsisten serta mengurangkan atau tidak menambah beban hutang baharu supaya perbelanjaan bulanan terkawal.

Selain itu, perbelanjaan perlu diutamakan untuk barangan keperluan sahaja. Justeru, kita boleh mengambil kaedah ini untuk mengatasi masalah ekonomi semasa.

Walaupun ia tidak memberi kesan, tetapi sekurang-kurangnya kita masih boleh menampung kehidupan harian dan bertahan demi kelangsungan hidup.

LAIN-LAIN BERITA

Kayu ukur kejayaan

BERADA dalam dunia siber hari ini, kita sering menyaksikan perkongsian pelbagai pencapaian dan kejayaan sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahupun kebahagiaan. Ada kalanya, ia menjadi

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu