Ekonomi Digital dan S Pay

Sarawak kini menuju Revolusi Industri 4.0. cetusan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pendekatan ekonomi digital tidak hanya terhad di bandar, malah luar bandar dan pedalaman.

Beberapa insentif e-dagang turut diperkenalkan untuk para usahawan.

Abang Johari mengakui produk luar bandar di Sarawak mampu bersaing dengan produk antarabangsa, maka e-dagang menjadi hub untuk usahawan melebarkan sayap perniagaan secara global.

Melalui e-dagang, rakyat Sarawak mampu memasarkan produk mereka ke pasaran dunia.

Sarawak Pay 

Pembangunan aplikasi “e-wallet” merupakan impian Sarawak menjadi hub ekonomi digital.

Untuk tidak ketinggalan dalam ekonomi digital, Kerajaan Sarawak membangunkan aplikasi e-wallet seperti Sarawak Pay bagi memudahkan urusan transaksi secara digital.

Dengan adanya e-wallet, pengguna tidak perlu menggunakan wang tunai melakukan urusan pembelian.

Selain itu, e-wallet juga mudah digunakan dengan hanya melakukan transaksi di hujung jari.

Ekonomi digital memudahkan urusan pembelian selain memudahkan waktu pekerjaan lebih fleksibel.

Ekonomi digital pasti menjadi realiti di Sarawak pada masa hadapan.

Menara Telekomunikasi

Sarawak mempunyai impian mempunyai peratusan tinggi.

Setakat ini, Sarawak mempunyai 1,420 menara telekomunikasi dan berhasrat memiliki 5,000 menara menjelang 2022.

Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari turut membina 600 menara telekomunikasi; 300 daripadanya siap 2019 dan 300 menara lagi siap akhir 2020.

Ekonomi digital dalam era digitalisasi menjadi arah tuju membawa negeri ini seiring globalisasi.