ARTIKEL

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland.

Lord Marland berkata, di tengah-tengah perubahan iklim yang mencabar, Sarawak menunjukkan usahanya untuk menangani isu tersebut menerusi dasar ekonomi hijau.

“Sarawak membangunkan teknologi sendiri, di samping mempertingkatkan ekonomi hijaunya yang memberi manfaat untuk dieksport,” katanya seperti dipetik oleh UKAS.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan kehormat kepada Timbalan Premier, merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sarawak, Timothy Ong.

Menurut Lord Marland, di samping menarik minat pelaburan, lawatannya ke Sarawak juga bertujuan untuk meneroka potensi, memudahkan peluang pasaran untuk produk seperti tenaga hijau, sektor perubatan yang mempamerkan kepakaran tempatan skala global.

“Terima kasih kepada pasukan pelaburan Sarawak, lawatan saya adalah untuk membantu membawa pelaburan ke Sarawak serta membawa produk luar biasa Sarawak, kepakaran Sarawak seperti ekonomi hijau, tenaga, teknologi dan perubatan untuk ke pasaran lebih luas yang memberi manfaat kepada penduduk di sini,” ujarnya.

Lawatan Lord Marland merupakan susulan hubungan berterusan antara CEIC dengan kepentingan Sarawak, termasuk lawatan kerja Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Connects ke London pada tahun lalu.

Delegasi itu diketuai oleh Primier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, diiringi Timbalan Primier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri MINTRED.

BERITA LAIN

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkatkan kecekapan

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap