ARTIKEL

Gambar fail

Ekonomi karbon Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon.

Malah, pelaksanaan kredit karbon ini diihat sebagai salah satu inisiatif merangsang ekonomi Sarawak dengan pendapatan dianggarkan mencecah lebih RM1 bilion setahun.

Untuk rekod, Sarawak mempunyai kira-kira 7.7 juta hektar atau 62 peratus daripada keseluruhan kawasan tanahnya ialah hutan.

Ekonomi baharu ini seolah-olah tiket percuma untuk Sarawak, sekali gus meletakkan Sarawak selangkah dalam dasar pengurusan hutan lestari berbanding negeri lain di Malaysia.

Kawasan kredit karbon tidak boleh disamakan dengan kawasan Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA).

Hutan dikhaskan sebagai tabung penyimpanan karbon lebih baik dilakukan di kawasan bukan TPA atau kawasan yang peluang untuk dimusnahkan adalah tinggi.

Ia penting bagi memastikan lebih banyak hutan kita terjamin dan selamat.

Sebagai imbuhan, kawasan tersebut memperoleh pendapatan daripada kredit karbon dan sekiranya dimiliki oleh penduduk kampung, mereka boleh menerima subsidi.

Baru-baru ini, dalam perbahasan usul Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, Kerajaan Sarawak disarankan membangun sistem dan prosedur untuk kesemua agensi mengira jejak karbon dalam aktiviti seharian mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, inisiatif ini mendidik dan menyemai kepentingan mengurangkan jejak karbon dalam apa-apa sahaja yang dilakukan. Sementara itu, kerajaan negeri juga menerima sejumlah 13 permohonan permit penyelidikan karbon hutan sejak penggubalan Ordinan Hutan Sarawak (Aktiviti Karbon Hutan) dikuatkuasakan pada 2022.

Dedah Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, daripada 13 permohonan ini, satu lesen karbon hutan dalam proses akhir pengeluaran, manakala dua permit penyelidikan karbon hutan dikeluarkan.

Sebanyak tujuh permohonan masih dalam proses penilaian dan tiga permohonan ditolak setakat ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Awang Tengah berkata, kadar fi lima peratus yang dikenali sebagai Forest Ecosystem Fee (FEF) dikenakan ke atas hasil nilai karbon yang diperdagangkan.

Pun begitu, setakat ini formula penetapan harga karbon di peringkat antarabangsa belum dimuktamadkan.

Harga karbon yang diperdagangkan di peringkat global pada masa ini adalah berdasarkan kesepakatan dan persetujuan antara pembeli dengan penjual.

KARBON BIRU LEBIH UNTUNG

Menurut Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia, Dr Shazali Johari, penyimpanan karbon di Sarawak mungkin boleh fokus kepada penyimpanan yang dinamakan karbon biru.

Terdapat tiga ekosistem utama disenaraikan iaitu bakau, rawang garam — paya yang dibanjiri air laut dan rumput laut di bawah payung karbon biru.

Bagi bakau, sebahagian besar karbon disimpan di bawah tanah dalam bentuk pemendapan disebabkan kadar penguraian yang rendah dalam persekitaran kekurangan oksigen — ditenggelami air.

Terdapat kira-kira 80 spesies bakau di dunia, setiap spesies mempunyai keanehan biologinya sendiri.

Perlindungan dan pemulihan hutan bakau boleh mendapat manfaat daripada penglibatan penyelidik tempatan, supaya kredit karbon biru dapat dihasilkan.

Untuk makluman, kredit karbon dihasilkan daripada lebihan tempat penyimpanan karbon di sesebuah negara.

Penjualan tempat penyimpanan tersebut diperlukan dan mendapat permintaan daripada negara yang terus berkembang, sekali gus mengeluarkan lebihan karbon.

SERAMPANG TIGA MATA

Dalam pelaksanaan ekonomi karbon, timbul persoalan kepentingan kawasan tersebut untuk siapa? Kerajaan, penduduk setempat atau alam semula jadi?

Dalam konsep pembangunan mampan, terdapat tiga faktor yang harus diambil kira iaitu sosiobudaya, persekitaran dan ekonomi.

Setelah pengiraan karbon dilakukan dengan silangan penghasilan karbon dan tabung karbon, lebihan tabung karbon tersebut akan sedia dipasarkan ke peringkat global.

Stok tabung karbon yang dinyatakan kelak merupakan kredit karbon negara yang boleh dijual mengikut harga pasaran karbon semasa.

Perdagangan ini mempunyai unit ukuran dengan kiraan menggunakan tan karbon dioksida.

Malah, kredit karbon di peringkat global juga memiliki nama berbeza seperti ‘elaun pelepasan’, ‘kredit karbon disahkan’, ‘pengurangan pelepasan disahkan’ dan sebagainya.

Indonesia pada 2019, 2018, 2020 menuntut sekitar 20 juta dolar daripada Bank Dunia.

BERITA LAIN

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

16 jam ‘terperangkap’ di laut

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia. Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi

PROMOSI PERCUMA

SENJATA penting dalam perniagaan ialah promosi sebagai usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan. Promosi penting untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan kepada

Kurangkan gula cegah obesiti

RAMAI yang masih menganggap obesiti bukan sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifi kasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai

Keperluan pejabat cawangan KWSP

JIKA sebut tentang luar bandar, tentu kita terfikir kesukaran untuk mengakses beberapa perkara kerana lokasi yang agak jauh dari bandar. Mengambil contoh di Bahagian Mukah,

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan