KUCHING: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka meningkat sebanyak 0.5 peratus suku ke suku pada suku pertama 2021 (Q1 2021) berbanding penguncupan 0.3 peratus yang dilihat pada suku keempat 2020, demikian menurut Moody’s Analytics.
Ia berkata, walaupun Malaysia berhadapan dengan kemunculan semula yang teruk kes Covid-19 yang memuncak pada bulan Februari dan sekatan lebih ketat yang membantutkan pemulihan penggunaan domestik, ekonomi telah mendapat keuntungan daripada kedudukan perdagangan yang agak kukuh.
Eksport telah disokong oleh pemulihan permintaan global untuk barang-barang pembuatan dan dirangsang oleh lonjakan permintaan global untuk semikonduktor.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Mei 2021