ARTIKEL

Ekonomi Malaysia lebih stabil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ekonomi Malaysia lebih stabil pada pascapandemik, dengan kadar inflasi pada suku keempat tahun 2023 hanya pada 1.6 peratus, ketimbang 2.2 peratus pada suku ketiga.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara kekal bertumbuh pada kadar 3.7 peratus pada 2023, meskipun berdepan pelbagai asakan dan kemeruapan ekonomi global.

“Dengan peningkatan eksport sebanyak 8.7 peratus pada Januari 2024, serta banyak lagi ikhtiar kerajaan untuk merancakkan ekonomi, insya-Allah peningkatan KDNK pada tahun ini akan lebih mampan pada kadar 4 peratus hingga 5 peratus seperti diunjur oleh kerajaan.

“Kerajaan MADANI juga bertegas memastikan rakyat tidak diasak oleh pihak-pihak yang ingin mengambil keuntungan berlebihan, lebih-lebih lagi bagi barangan keperluan harian seperti beras,” katanya menerusi Facebook sempena Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan, semalam.

Beliau berkata, bagi memperkukuh bantuan kepada golongan yang perlu, kerajaan terus konsisten dengan pendekatan menyasarkan semula bantuan dan subsidi serta memastikan ia sampai kepada rakyat yang memerlukan.

Baca lain  ASEAN tekad percepat transformasi digital

“Sekiranya kita faham bahawa pendekatan subsidi pukal yang diguna pakai dahulu turut memanfaatkan golongan kaya dan warga asing, mengapa lagi mahu diteruskan?

“Lantaran itu, subsidi mesti diarahkan semula kepada masyarakat yang melarat dan terpinggir dan ini tentunya mencakup golongan miskin bandar dan desa,” tegasny

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,