ARTIKEL

Ekonomi penjagaan dalam perancangan pembangunan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berusaha memasukkan ekonomi penjagaan ke dalam perancangan pembangunan negara dan ekonomi bagi memastikan kemampanannya.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata banyak aktiviti penjagaan dilakukan wanita selalunya tidak dibayar dan tidak diiktiraf, menyebabkan mereka kekurangan masa untuk mengejar peluang dan kemajuan.

“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, lebih separuh daripada kadar pengangguran semasa melibatkan siswazah wanita.

Ini merupakan satu daripada kesan jantina terhadap penjagaan tanpa gaji dan kerja domestik,” katanya ketika berucap pada United Nation Population Fund (UNFPA) 50 Years of Progress Celebration, di sini.

Beliau berkata untuk memasukkan ekonomi penjagaan ke dalam pembangunan negara, halangan, jurang data, keperluan infrastruktur dan perundangan, serta pihak berkepentingan perlu dikenal pasti.

Nancy berkata bagi melaksanakan pendekatan 3R atau Recognition (pengiktirafan), Reduction (pengurangan) dan Redistribution (pengagihan semula) untuk menangani tugas penjagaan tanpa gaji yang dilakukan wanita, data penting dan tindakan yang dapat diambil perlu dicapai.

“Sebagai contoh, data penting dalam anggaran masa dihabiskan untuk menyediakan penjagaan bagi lelaki dan wanita dalam isi rumah.

Daripada data ini, kami dapat mengenal pasti defisit penjagaan dan bidang diperlukan untuk disasarkan oleh dasar berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, ia membolehkan rakyat menghargai ekonomi penjagaan dari segi masa, kepakaran, kos peluang dan merit sosial. – Bernama

BERITA LAIN

HONOR Magic6 Pro dilengkapi teknologi Dolby

KUCHING: Andalan terbaharu dalam Siri Magic, HONOR Magic6 Pro dilengkapi dengan teknologi julat dinamik tinggi terkemuka Dolby Vision, untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik. Menurut kenyatan

Industri perbankan tingkatkan keselamatan pelanggan

Kuala Lumpur: Industri perbankan bekerja rapat dengan pengawal selia dan agensi penguatkuasaan untuk mendapatkan sistem perbankan dan platform digital, meningkatkan langkah keselamatan mengikut modus operandi

Sasar 27.3 juta pelancong antarabangsa

SINGAPURA: Malaysia menyasarkan untuk menyambut ketibaan 27.3 juta pelancong antarabangsa pada tahun ini. Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Singapura Mohana Murni Shanmugam berkata, daripada jumlah itu,

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

BERITA TERBARU