ARTIKEL

Ekonomi Sarawak bertambah kukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ekonomi negeri Sarawak dijangka bertambah mantap dengan pendapatan lebihan yang lebih besar hasil pelaburan dalam Dana Kekayaan Berdaulat. Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau yakin dengan sejumlah RM8 bilion yang disimpan di institusi kewangan yang kukuh, dana itu terus berkembang baik tanpa diusik bagi tempoh 20 tahun

. “Melainkan kita menghadapi krisis peperangan dan juga krisis yang memerlukan dana, tetapi dalam keadaan biasa, kita tidak sentuh dana itu bagi tempoh 20 tahun, pertumbuhannya terus bertambah kukuh, seperti Dana Kekayaan Berdaulat Norway.

“Sebab itu kita ada ahli daripada pakar antarabangsa yang pernah menguruskan dana seumpama itu, seorang daripada Eropah dan seorang lagi dari Amerika,” katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama Ahli Lembaga Penjaga Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak di sini, semalam.

Abang Johari berkata ahli lembaga penjaga dana itu akan memantau dan menguruskan dana berkenaan mengikut tata kelola dunia, mengikut Santiago Principles dan laporan tahunan hasil serta pengurusan dana itu akan bentangkan di hadapan DUN setiap tahun.

“Mereka mempunyai pengalaman dan integriti dalam pengurusan, cara pelaburan ini saya serahkan kepada pakar.

Ada beberapa jawatankuasa yang penting untuk menilai risiko sebelum mereka melabur. Sudah tentu mereka akan melihat keadaan pasaran,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak kini adalah sebahagian daripada ahli Forum Antarabangsa Kekayaan Berdaulat Dana (IFSWF) yang bertapak di London sebagai sebuah institusi global yang penting.- Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Swift Haulage sasar sumbangan pergudangan naik 25 peratus

KLANG: Swift Haulage Bhd menyasarkan sumbangan daripada segmen perkhidmatan pergudangan dan depoh kontena naik 25 peratus berbanding 15 peratus pada masa ini. Ketika ini perkhidmatan pengangkutan kontena dan

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah