ARTIKEL

Datuk Amar Douglas Uggah Embas. - Foto: Ghazali Bujang

Ekonomi Sarawak dijangka kekal berdaya tahan untuk capai kadar pertumbuhan 6.0 peratus tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ekonomi Sarawak dijangka kekal berdaya tahan untuk mencapai kadar pertumbuhan sehingga 6.0 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, ia didorong permintaan luar jangka yang bertambah baik dan peningkatan aktiviti domestik di samping inflasi lebih rendah.

Katanya, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah perdagangan untuk Sarawak.

“Jumlah perdagangan berkembang pada 11.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Justeru, kita menjangkakan trend ini akan berterusan pada 2024 dengan peningkatan dalam perdagangan global,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ketiga DUN Ke-19 di sini, hari ini.

Jelasnya, pelaburan dalam barangan modal meningkat sebanyak 5.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Trend peningkatan ini berterusan hingga dua bulan pertama tahun ini, di mana Sarawak turut menyaksikan peningkatan 7.4 peratus dalam import barangan modal.

“Usaha berterusan dilakukan oleh Kerajaan Sarawak untuk mempelbagaikan ekonomi Sarawak yang dijangka akan menggalakkan lebih banyak pelaburan swasta pada 2024.

“Pada suku pertama 2024, pelaburan sebanyak RM132 juta dalam sektor pembuatan telah diluluskan, manakala pelaburan berpotensi dengan nilai RM2.3 bilion masih dalam pertimbangan,” ujarnya.

Sementara itu, bagi pelaburan awam, tambah Uggah, Kerajaan Sarawak tahun ini telah meluluskan peruntukan masing-masing sebanyak RM9.0 bilion dan RM5.5 bilion di bawah Belanjawan Pembangunan dan Pembiayaan Alternatif.

Kedua-dua peruntukan itu akan mempercepatkan pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dijangka meningkatkan lagi momentum pembangunan di Sarawak.

“Selain itu, jumlah peruntukan sebanyak RM5.8 bilion yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan akan meningkatkan lagi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Sarawak pada 2024,” katanya.

BERITA LAIN

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu