SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Ekonomi Thailand dijangka meningkat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BANGKOK: Kempen sempena pilihan raya Thailand yang akan datang diunjur menjana sehingga 120 bilion THB (AS$3.5 bilion) untuk ekonomi, menurut Pusat Unjuran Ekonomi dan Perniagaan Universiti Dewan Perniagaan Thailand.

Pengarah pusat itu Thanawat Polvichai berkata parti politik sedang giat berkempen untuk mendapatkan undi selepas Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian pada 14 Mei.

“120 bilion THB yang dijana semasa berkempen akan mendorong KDNK Thailand meningkat sebanyak empat peratus pada suku kedua,” lapor Agensi Berita Vietnam memetik kenyataan Thanawat.

Beliau berkata ekonomi Thailand dijangka berkembang tiga hingga empat peratus tahun ini.

Bagaimanapun, menurut Thanawat, peningkatan kos pengeluaran dan inflasi mampu menjejaskan keuntungan dan mudah tunai sektor perniagaan walaupun ekonomi dipercayai meningkat pada separuh kedua tahun ini. – Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru