ARTIKEL

Eksekutif jualan rugi RM83,000 jadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang eksekutif jualan di sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian kira-kira RM83,000 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata mangsa, seorang lelaki berbangsa cina berusia lingkungan 20-an itu membuat laporan polis pada semalam.

Katanya, mangsa telah berkenalan dengan seorang perempuan melalui aplikasi Tantan, kemudian berhubung menerusi aplikasi Whatsapp.

“Suspek kemudian menerangkan kepada mangsa mengenai pelaburan bernama PUC Finance yang menyebabkan mangsa tertarik dengan pelaburan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Alexson, mangsa telah memasukkan wang modal pelaburan ke dalam enam akaun berbeza sejak 5 hingga 14 Oktober lalu.

“Mangsa menyatakan bahawa dirinya ada menerima pulangan pelaburan pada tiga kali transaksi pertama, namun bagi transaksi yang keempat hingga kelapan, mangsa melaporkan bahawa dirinya tidak lagi menerima sebarang pulangan.

“Mangsa hanya menyedari dirinya telah diperdaya setelah suspek sering kali meminta membuat pembayaran modal tetapi mangsa tidak dapat mengeluarkan keuntungan daripada pelaburan tersebut,” jelasnya.

Sehubungan itu, Alexson menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai iklan-iklan pelaburan atau mana-mana individu yang menjanjikan keuntungan berganda.

Tambahnya, orang awam perlu menyemak di laman Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai pelaburan sama ada terdapat dokumen lengkap yang membenarkan satu pelaburan itu dilakukan kepada orang ramai.

Katanya, sekiranya menjadi mangsa penipuan siber (phone scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya) atau baru sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun keldai atau sindiket penipuan, segera hubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997.

Selain itu, orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Scammers CCID atau melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat modus operandi terkini penipuan, sila layari Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cyber Crime Alert Royal Malaysia, dan JSJK Sarawak.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.