Ekspo PKS & Kayu Sarawak 2019 bakal jana untung RM7 juta

KUCHING: Ekspo PKS & Kayu Sarawak 2019 kali keempat dan Persidangan serta Ekspo Rekaan Sarawak 2019 bakal diadakan pada 27 Jun sehingga 30 Jun 2019 ini dijangka dapat menjana keuntungan sebanyak RM6.5 juta sehingga RM7.0 juta.

Menurut Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ekspo yang bakal di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) ini akan melibatkan penyertaan lebih 200 peserta pameran dari dalam dan luar negara.

“Ini termasuklah penyertaan syarikat dari India, Indonesia dan Brunei, dan lebih 400 gerai pameran akan dibuka yang meliputi 12,000 meter persegi tapak pameran.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di sini hari ini.

“Objektif utama ekspo selama empat hari ini ialah untuk mempromosikan produk kayu, bukan kayu dan produk industri Kecil dan Sederhana yang ada di Sarawak ini disamping sebagai platform bagi mereka sama ada orang tempatan atau antarabangsa mengukuhkan lagi rangkaian perniagaan mereka,

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

“Kita juga mahu mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan aspek rekaaan yang diterapkan ke atas kayu dan industi Kecil dan Sederhana di Sarawak ini, selain mampu melahirkan minat dalam dunia rekaan dalam kalangan pembuatan tempatan di Sarawak,” katanya.

Tengah menambah tarikan utama ekspo pada kali ini ialah penciptaan semula ‘House of Acacia’ yang pernah diperkenalkan pada setiap ekspo sebelum ini dan ‘The Bamboo Gallery’ yang pernah diperkenalkan pada ekspo yang sama pada 2015.

“House of Acacia dan The Bamboo Gallery ini bakal dipersembahkan kepada khalayak sebagai usaha meningkatkan kesedaran dalam pengunaan sepenuhnya kayu Acacia dan buluh di dalam industri pembuatan terutamnya pembuatan perabot di Sarawak,

“Ia adalah salah satu daripada projek Pembangunan dan Penyelidikan yang diambil alih oleh PUSAKA dalam berkoloborasi dengan Samling Housing Product Sdn. Bhd pada 2014 terhadap pembangunan kayu jenis Acacia,

“Bagi The Bamboo Gallery, PUSAKA telah menandatangani Perjanjian persefahaman dengan Subur Tiasa Sdn Bhn dalam usaha Pembangunan dan Penyelidikan buluh, dan menyaksikan pilot projek buluh oleh PUSAKA yang ada di Sabah,

Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan pada sidang media Sarawak Timber & SME’s Expo 2019 di Kuching hari ini.

Dalam pada itu jelas Tengah Persidangan dan Ekspo Rekaan Sarawak 2019 yang pertama kali diadakan ini merupakan penganjuran sama oleh PUSAKA, Unimas dan Institut Teknologi Bandung Indonesia yang disokong oleh Pejabat Konsulat Indonesia di Kuching.

“Ekspo ini pula bertemakan “Bring Design To Our Home”, dan bertujuan meningkatkan kesedaran kepada semua melibatkan aspek rekaan kayu dan produk industri kecil dan sederahana, selain penceramah yang hadir ialah individu yang pakar dalam dunia rekaan dari luar dan dalam negara,

“Program latihan POYOD ini telah diimplmentasikan oleh PUSAKA sejak 2018,

“Dan pada 27 Jun ini nanti kita turut menyaksikan pelancaran tiga jenama produk tempatan oleh tiga pembuatan perabot yang terlibat dalam POYOD ini iaitu ‘Ideas’ oleh Samling, ‘Starhome’ oleh Shin Yang dan ‘GWI’ oleh Giovanni Wood Industries Sdn Bhd.” ujarnya.

Ekspo kali ini yang bertemakan “Leveraging Digital Technology in Trasnforming The Timber & SMEs Industry” ini dijangka menarik lebih daripada 15,000 pengunjung luar dan dalam negara.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Menteri Muda Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak Datuk Dr Wan Lizoman Wan Omar dan Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet.

Untuk mengenalpasti lebih lanjut mengenai ekspo ini bolehlah melayari laman sesawang www.sarawaktimbersmeexpo.com.my.

Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan bersama Datuk Haji Narhoden Majais (kiri) pada sidang media Sarawak Timber & SME’s Expo 2019 di Kuching hari ini.