ARTIKEL

PUTRAJAYA, 14 Dis -- Orkid Putrajaya 2023 berlangsung selama 7 hari bermula hari ini sehingga 20 Disember di Taman Botani, Putrajaya. Dengan tema Pesona Anggerik, Orkid Putrajaya 2023 mempamerkan pelbagai jenis orkid khas untuk penggemar bunga-bungaan. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar.

Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian Pembangunan Industri Florikultur), Jabatan Pertanian Malaysia Mohamad, Nizam Malik berkata bagaimanapun, 120 hektar tanah ladang diperlukan bagi mengusahakan tanaman orkid untuk memenuhi permintaan terhadap bunga itu terutamanya dari Dubai.

“Ketika ini, terdapat sebanyak 50 ladang orkid yang diusahakan oleh pengusaha atau pekebun tempatan dan membuahkan hasil di sini, namun kami menjangkakan lebih banyak ladang orkid diusahakan pada masa akan datang.

“Sebagai contoh, jika kita hendak memenuhi permintaan Dubai yang agak tinggi, kita perlu menghantar sekurang-sekurangnya 50 kontena orkid setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelepasan Projek Rintis Eksport Kotak Hadiah Premium Orkid Mokara ke Dubai, di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Beliau berkata pihaknya turut menyasarkan pasaran di Dubai kerana ia merupakan destinasi pelancongan terkemuka dunia dengan jumlah pelancong tinggi setiap tahun.

“Sasaran kami untuk menyediakan orkid di hotel-hotal bertaraf tinggi bukan hanya untuk hiasan tetapi juga sebagai buah tangan kerana bunga orkid ini berestetika tinggi dan mereka menghargai keunikan serta kecantikannya,” katanya.

Selain Dubai, beliau berkata orkid tempatan ini juga mendapat permintaan di beberapa negeri di negara Timur Tengah itu termasuk dari Abu Dhabi dan Qatar, selain permintaan sedia ada seperti dari Singapura.

Jabatan Pertanian dalam kenyataan sebelum ini mengatakan nilai ekonomi industri florikultur di Malaysia merupakan salah satu daripada penyumbang kepada nilai eksport negara yang mencatatkan sebanyak RM417.3 juta sepanjang 2021 dan nilai dagangan negara menerusi keuntungan industri itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding pencapaian 2020 berjumlah RM403 juta.

Sementara itu, Nizam berkata pengeksportan orkid dalam bentuk kotak hadiah premium sempena Gulfood 2024 di Dubai, memberi peluang kepada pengeluar orkid memasarkan produk mereka dengan lebih mudah dan dapat mengurangkan kos pengeluaran.

Sebanyak 270 kotak hadiah premium diterbangkan ke Dubai pada Sabtu dan satu majlis pelancaran Kotak Hadiah Premium Orkid sempena Festival Gulfood diadakan pada 21 Februari ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Al. – Bernama

BERITA LAIN

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkatkan kecekapan

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap