ARTIKEL

Eksport produk kayu menurun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, negara Jepun kekal sebagai pengimport utama bagi produk perkayuan negeri ini dengan nilai RM387 juta atau 57 peratus, manakala India sebanyak RM104 juta, China (RM46 juta), Taiwan (RM29 juta) dan Filipina (RM23 juta).

“Sarawak juga mengeluar dan mengeksport kayu pelet, dengan nilai eksport bagi tempoh suku pertama tahun ini berjumlah RM22 juta, peningkatan sebanyak 118 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas yang bernilai RM10 juta.

 “Kayu pelet merupakan bahan bakar mesra alam yang digunakan untuk menjana kuasa elektrik dengan pasaran utama kita adalah Jepun dan Belanda, inisiatif ini adalah menyokong aspirasi untuk mempromosikan ekonomi hijau,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini.

Beliau berkata, prestasi eksport hasil industri perkayuan Sarawak pada tahun lalu menurun sebanyak 20 peratus kepada RM3.14 bilion berbanding RM3.95 bilion pada 2022.

 “Penurunan ini adalah kesan daripada pengurangan jumlah eksport produk utama iaitu papan lapis.

Jepun kekal sebagai pengimport utama dengan nilai RM1.67 bilion atau 53 peratus daripada keseluruhan nilai eksport,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memberitahu, sejajar dengan aspirasi untuk meningkatkan pengeluaran produk kayu bernilai tinggi, PUSAKA menghasilkan Rangka Tindakan Kayu Kejuruteraan dan Polisi Pembangunan Industri Buluh Sarawak sebagai garis panduan dan hala tuju industri berkenaan.

“Pembangunan industri ini dijangka mentransformasikan lanskap industri perkayuan dan buluh serta membantu meningkatkan pembangunan produk untuk pasaran domestik serta bersaing untuk menembusi pasaran global.

“Oleh itu, PUSAKA menyasarkan 10,000 hektar kawasan untuk penanaman buluh menjelang 2030 dengan menggalakkan penglibatan usahasama pihak swasta dan juga komuniti,” jelasnya

Tambahnya, PUSAKA juga komited untuk meningkatkan pengeluaran produk berasaskan buluh yang dijangka menyumbang kepada nilai eksport berjumlah RM4 bilion menjelan

BERITA LAIN

BERITA TERBARU