Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Elak bas, perempuan maut bertembung dengan kereta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans.

KOTA SAMARAHAN: Seorang penunggang motosikal maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 13, Jalan Kota Samarahan-Mambong, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.40 pagi.

Katanya, kemalangan berlaku apabila mangsa, perempuan berumur 23 tahun yang bergerak dari arah Batu 15, Siburan menuju ke arah Kota Samarahan mengelak sebuah bas yang berhenti di hadapan.

“Mangsa terus jatuh kemudian masuk ke lorong bertentangan dan dilanggar kereta yang bergerak lurus dari arah Kota Samarahan hendak menuju ke arah Batu 15, Siburan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, motosikal berkenaan mengalami kerosakkan di bahagian sisi kiri sementara kereta mengalami kerosakan pada bumper hadapan kanan.

Tambahnya, cuaca hujan renyai-renyai dan jalan basah ketika kejadian.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk