ARTIKEL

Elak jadi mangsa keldai akaun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sebelum ini kita sering dengar tentang kes ‘keldai dadah’ yang pernah menjadi isu hangat dan masalah utama yang sering berlaku dalam dan luar negara. 

Jika keldai dadah merujuk kepada individu yang menjadi mangsa sindiket yang disalahguna untuk membawa dadah.

Manakala, keldai akaun pula merujuk kepada individu yang menjadi mangsa penyalahgunaan akaun mereka untuk digunakan dalam transaksi kumpulan sindiket haram. 

Bagaimanapun, pasti orang ramai di luar sana kurang tahu tentang jenayah yang melibatkan kewangan iaitu sindiket Keldai Akaun. 

Apabila ditanya kepada masyarakat umumnya maksud keldai akaun, sejujurnya ada yang keliru dan lebih teruk lagi mereka tidak ada pengetahuan asas dan tidak mahu ambil tahu tentang kewujudan jenayah kewangan yang semakin mendapat perhatian kini. 

TUJUAN JENAYAH

Keldai akaun merupakan individu/organisasi yang menyerahkan atau membenarkan akaun bank miliknya kepada pihak lain untuk digunakan bagi tujuan jenayah, sama ada keldai akaun ada pengetahuan atau tidak. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), sebanyak 34,297 keldai akaun telah dikenalpasti di seluruh Malaysia bagi tempoh Januari sehingga Jun 2023.

Baca lain  BERCUTI di dalam atau di luar negara

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,354 keldai akaun telah dikenalpasti di negeri Sarawak terlibat dengan kes penipuan online.

Antaranya seperti penipuan E-dagang, phone scam, pinjaman tidak wujud, tipu tawaran kerja sambil secara online dan lain-lain lagi melibatkan nilai kerugian lebih RM42 juta. 

Selain itu, seramai 444 keldai akaun telah ditangkap dan dituduh oleh PDRM Kontijen Sarawak bagi tempoh yang sama.  

Tawaran upah yang lazimnya ditawarkan oleh sindiket kepada keldai akaun adalah di antara RM50 sehingga RM1,000 bagi satu akaun bank. 

SINDIKET

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan faktor yang menyebabkan wujudnya keldai akaun adalah sikap segelintir anggota masyarakat yang ingin mendapatkan wang dengan mudah tanpa perlu bekerja keras dengan menyewakan atau menjual akaun bank mereka kepada sindiket tanpa berfikir panjang. 

Malah, jelasnya tahap kesedaran yang rendah tentang kesan yang diterima akibat menyewakan atau menjual akaun bank kepada sindiket juga menjadi salah satu punca wujudnya keldai akaun ini. 

Lebih-lebih lagi terlalu banyak iklan sewa kad ATM dengan ganjaran upah lumayan turut menarik perhatian orang ramai. 

Baca lain  Kemahiran penting tapi sikap lebih utama

Dalam pada itu, seorang mangsa yang hampir terjebak dengan sindiket keldai akaun turut berkongsi pengalaman kepada penulis.  

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Azza berusia 23 tahun masih lagi menuntut di IPT tempatan. 

Sebenarnya mangsa yang kena kebanyakannya salah diri sendiri kerana kabur dengan janji manis pihak ketiga dan tanpa sedar diri terjerat dengan aktiviti sindiket keldai akaun. 

Dia percaya, tawaran ini semestinya menjerat pemilik akaun yang sedang berada dalam keadaan terdesak memerlukan duit segera. 

Menurut Azza kisahnya bermula apabila dia pernah diperkenalkan oleh seorang rakan kononnya tauke yang dapat membantu individu mempunyai masalah kewangan. 

PIHAK KETIGA

Katanya, caranya atau Modus Operandi (MO) sangat mudah iaitu beri pinjam kad ATM yang masih aktif tetapi langsung tidak digunakan oleh pemilik untuk transaksi harian, malah segala butiran peribadi dari nombor pin, nombor telefon bimbit yang digunakan untuk TAC, salinan kad pengenalan depan belakang dan sebagainya untuk digunakan pihak ketiga. 

Paling menarik, dalam tempoh pinjaman mereka akan diberikan ganjaran/upah yang agak lumayan iaitu sindiket keldai akaun akan memberi wang sebanyak RM600 hingga RM1,000 untuk satu kad ATM. 

Baca lain  Halusinasi SKIZOFRENIA

Memang agak lumayan sehingga kita tidak perlu bekerja keras untuk dapatkan wang hanya goyang kaki, cukup bulan dapat duit. 

Bagaimanapun, mangsa tidak akan menyedari dirinya terjebak sehinggalah kad akaun pemilik kantoi kerana mendapat laporan mangsa Scam, tempat orang cuci duit di tempat judi dan jika mangsa ditangkap oleh pihak polis barulah mereka tahu langit itu tinggi atau rendah. 

Azza bernasib baik kerana cepat sedar dan hampir terjebak dengan tawaran upah yang lumayan, memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung Azza hanya mampu mendengar tawaran yang ditawarkan sehingga mampu menyebabkan mangsa-mangsa lain gelap mata. 

Ingat, dalam keadaan anda dihukum, semakin ramai sindiket keldai akaun di luar sana berkeliaran mencari mangsa baharu untuk ditunggang. 

Sedangkan anda terpaksa menanggung akibat atas perlakuan aktiviti jenayah orang lain.

Sangat tidak berbaloi. 

Lebih buruk apabila kita yang dijadikan mangsa terpaksa menerima hukuman dan tidak dibenar membuka akaun bank di mana-mana institusi kewangan dan mampu menjejaskan usaha untuk mendapatkan pekerjaan bagi meneruskan kehidupan. 

BERITA LAIN

Budaya bermaafan, elak sengketa

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, ia peluang terbaik untuk meminta maaf atas segala kesalahan dalam sedar ataupun tidak. Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi ia mempunyai

Adab bertamu

UMAT Islam di Malaysia dijangka merayakan sambutan Aidilfitri pada Rabu ini, 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024. Bermakna tamatlah perjuangan Ramadan yang penuh

Wanita perlu bijak kawal emosi

TIDAK dinafi kan, wanita memikul tanggungjawab besar sebagai isteri, ibu, penjaga keluarga, pengurus rumah tangga dan warga kerja negara. Di Malaysia, tenaga kerja wanita berdaftar

Bahang Aidilfitri semakin terasa

UMAT Islam menghitung hari untuk menyambut hari besar itu. Kini rancak di mana-mana, ramai yang sibuk membeli persiapan raya yang dijangka jatuh pada 10 April

KE MANA SELEPAS SPM?

SELEPAS tingkatan lima, umumnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai melihat opsyen di pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT), khasnya universiti untuk menyambung pelajaran. Pelbagai pihak,

Sepakat soal pendidikan

LEBIH banyak persepakatan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri perlu dicapai untuk manfaat rakyat. Khamis lalu menyaksikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa kepada Pengarah

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,