Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Elak jadi mangsa tipu di alam maya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Perniagaan secara dalam talian telah menjadi satu fenomena dalam kalangan masyarakat hari ini kerana ia begitu mudah dan cepat untuk menjual, mempromosi dan mendapatkan produk.

Namun, segelintir golongan tamak untuk memperoleh wang dengan cepat menyalahgunakan kemudahan ini.

Ia menyebabkan para peniaga lain takut untuk menceburinya. Internet dijadikan medan untuk melakukan jenayah.

Berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara, kadar jenayah dalam talian semakin berleluasa.

Walaupun banyak tangkapan di buat, kelicikan penipuan kewangan atau “scammer” dalam talian semakin berleluasa.

Kita juga tidak boleh menyalahkan peniaga yang menjual barangan mereka secara maya kerana sejak wabak Covid-19, ia semakin meningkat.

Malah, majoriti pengguna beralih kepada alternatif lebih selamat berbanding pembelian secara konvensional bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 03 Mei 2041

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News