ARTIKEL

Datuk Seri Lee Kim Shin melawat tapak projek stesen pertukaran Autonomous Rapid Transit (ART) bagi projek Sistem Pembangunan Bandar Kuching (KUTS) di kawasan Simpang Tiga, hari ini.

Elak jalan awam kotor, kontraktor disaran pasang sistem cucian pembinaan automatik di lokasi projek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat kontraktor di seluruh Sarawak disarankan memasang sistem cucian pembinaan automatik di lokasi pelaksanaan projek supaya jalan awam tidak dikotori tanah, lumpur dan sisa buangan dari tapak pembinaan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin, sistem tersebut membolehkan roda, tayar serta bahagian bawah kenderaan berat seperti lori dan trak dibersihkan serta dicuci terlebih dahulu sebelum meninggalkan tapak pembinaan.

“Semasa lawatan ke tapak projek stesen pertukaran Autonomous Rapid Transit (ART) bagi projek Sistem Pembangunan Bandar Kuching (KUTS) di kawasan Simpang Tiga tadi, saya dapati mereka menggunakan sistem cucian pembinaan automatik.

“Ini pendekatan baharu dengan semua kenderaan berat yang membawa bahan binaan akan melalui sistem cucian tersebut sebelum keluar dari tapak pembinaan, untuk membersih kotoran pada roda dan sebagainya.

“Jadi apabila keluar ke jalan awam, kenderaan berkenaan sudah bersih daripada segala kotoran, debu, lumpur serta bahan binaan lain. Ini sekali gus tidak mencemar dan mengotorkan jalan raya kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Merasmikan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) bagi Kontraktor Laluan Merah Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), hari ini.

Beliau memuji Syarikat China Harbour Engineering (CHEC) yang memperkenalkan sistem baharu berkenaan dan berharap pendekatan sama dapat diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

“Saya melihat sistem itu sangat baik kerana tapak pembinaan biasanya sangat berlumpur terutama pada waktu hujan.

“Maka diharap pendekatan moden ini dilaksanakan di semua tapak pembinaan utama seluruh Sarawak. Mungkin pihak PBT juga boleh mengikuti langkah ini, terutama bagi pembinaan perumahan,” ujarnya.

Dalam hal berlainan, beliau mengingatkan pihak kontraktor pelaksana projek KUTS agar membina laluan alternatif terlebih dahulu bagi menggantikan laluan yang terjejas semasa pelaksanaan kerja.

“Sebagai contoh, jika kerja anda melibatkan laluan jalan raya dua lorong, maka anda harus membina dua lorong alternatif lain terlebih dahulu untuk kegunaan awam.

“Ini penting supaya aliran trafik tidak terjejas dan menjadi sangat minimum. Pada masa yang sama, aspek keselamatan juga harus diambil berat, pastikan papan tanda dipasang dengan betul dan mencukupi,” tegasnya.

Di samping itu, beliau menegaskan pihaknya sentiasa memantau rapi perkembangan pelaksanaan projek KUTS bagi memastikan tidak berlaku sebarang kelewatan atau dibelakang jadual asal.

“Pada masa yang sama, pihak yang terlibat harus mengambil tahu akan perkembangan proses kerja dan jika terdapat sebarang kelewatan, segera cari punca dan perbaiki kelemahan. Jangan tunggu sehingga projek sudah 20 hingga 30 peratus ketinggalan dari jadual.

Sistem cucian pembinaan automatik yang digunakan di tapak projek stesen pertukaran Autonomous Rapid Transit (ART) bagi projek Sistem Pembangunan Bandar Kuching (KUTS).

“Sediakan juga pelan penyelesaian segera sekiranya terdapat tanda kelewatan,” tegasnya.

Stesen pertukaran ART bagi projek KUTS kini dibina di kawasan Simpang Tiga.

Ia merupakan sebahagian daripada kerja pembinaan bagi Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending. 

Stesen berkenaan berfungsi sebagai pertukaran bagi Laluan Biru dan Laluan Merah yang meliputi jarak 12.3 kilometer.

Setakat ini kemajuan pembinaan mencapai 0.06 peratus.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU