ARTIKEL

Elak maklumat dalam PADU dimanipulasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperketatkan susulan dakwaan datanya digodam.

Beliau berkata, kementeriannya tetap mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan maklumat kliennya tidak diganggu-gugat.

“Kita perlu jaga data penerima kebajikan kerana kita tidak mahu maklumat mereka dimanipulasikan.

“Setakat ini kita perketatkan sahaja (PADU), naik taraf belum ada lagi sebab kita masih menunggu peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penasihat di Pejabat Premier Sarawak Datuk Seri Rohani Abdul Karim di sini, semalam.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU