Elak terlibat salah guna dadah

KUCHING: Enam lelaki dan seorang wanita didapati positif dadah jenis syabu selepas ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan Sarawak dalam tempoh dua hari bermula Sabtu hingga Ahad.

Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh berkata, kesemua suspek ditangkap susulan pemeriksaan Ops Cegah yang dilakukan pihaknya di sekitar kawasan Petra Jaya, Padawan dan Kuching (Haji Baki, Gersik, Lidah Tanah, dan Tabuan).

“Operasi Cegah AADK Negeri Sarawak selama dua hari merupakan tindakan yang diambil atas aduan diterima serta maklumat risikan mengenai salah guna dadah.

“Hasil kejayaan operasi melibatkan 14 pegawai dan anggota berjaya menahan tujuh individu disyaki terlibat salah guna dadah masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Susulan itu katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983. Madihi dalam pada itu menegaskan agar orang ramai tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.

Beliau turut menggesa manamana individu atau masyarakat yang ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK untuk tampil ke pejabat AADK berhampiran atau menghubungi talian 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

ANGGOTA AADK NGGOTA AADK membuat pemeriksaan di salah sebuah kediaman embuat pemeriksaan di salah sebuah kediaman lama disyaki sebagai sarang kegiatan jenayah dadah. ama disyaki sebagai sarang kegiatan jenayah dadah.

Suara Sarawak