ARTIKEL

Elaun kaunselor bakal dinaikkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah menyatakan persetujuan untuk menaikkan kadar elaun bulanan ahli majlis atau kaunselor pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kerajaan Tempatan) Datuk Dr Penguang Manggil berkata, beliau mengetahui ramai ahli majlis yang memohon supaya elaun mereka dinaikkan.

“Setakat ini, ahli majlis PBT di Sarawak menerima RM300 sebulan.

Justeru, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah bersetuju untuk menaikkan kadar elaun tersebut.

“Bagaimanapun, buat masa ini saya tidak mahu menyebut berapa kuantum (jumlah) tetapi yang pasti ia lebih daripada yang sedia ada kini,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-7, Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) di Hotel UCSI Kuching, kelmarin.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU