ARTIKEL

BERUCAP… Abang Johari ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diadakan di Hotel Pullman Kuching, sejurus selepas tamat persidangan DUN Sarawak, malam tadi. FOTO MOHD ALIF NONI

Elaun kehadiran ADUN naik RM450 sehari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak akan menikmati kenaikan elaun kehadiran atau “sitting elaun” daripada RM50 kepada RM450 sehari ekoran perkembangan positif ekonomi di negeri ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, elaun khusus untuk kehadiran ADUN dalam Persidangan DUN Sarawak itu juga diharap dapat meningkatkan semangat sekali gus memberi motivasi kepada wakil rakyat dalam menggalas tanggungjawab masing-masing.

Katanya, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa ucapan penggulungan menteri semalam ada mengatakan bahawa pendapatan Sarawak dari Januari hingga Mac tahun ini mencecah RM4.798 bilion.

“Saya juga telah bertanya kepada Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung elaun kehadiran dan beliau memaklumkan bahawa ADUN dibayar RM50 sehari manakala Ahli Parlimen pula RM400.

RAKAMAN KENANGAN… Abang Johari (duduk lima kanan) dan Ibrahim (duduk dua kanan) merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat yang lain. FOTO MOHD ALIF NONI

“Justeru, kita akan menaikkan elaun tersebut dari RM50 kepada RM450 untuk wakil rakyat kita. Sarawak mempunyai dua sesi persidangan dalam setahun – satu sesi lapan hari, dua sesi jumlahnya 16 hari dan kos untuk tujuan ini adalah kira-kira setengah juta,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diadakan di Hotel Pullman Kuching, sejurus selepas tamat persidangan DUN Sarawak, malam tadi.

Tambahnya, dengan perkembangan ekonomi yang semakin meningkat di Sarawak ketika ini beliau yakin untuk membayar elaun dengan jumlah tersebut.

Untuk rekod, pengumuman itu juga menandakan kenaikan pertama dalam tempoh 44 tahun, dan kadar semasa elaun kehadiran ADUN pada Persidangan DUN adalah RM50 sehari serta tidak berubah sejak 1980.

Hadir sama isteri kepada Premier, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang; Ketua Whip DUN Gabungan Parti Sarawak (GPS) merangkap ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki; Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta isteri Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Asfia, serta barisan kepimpinan tertinggi GPS yang lain.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri