ARTIKEL

Elaun RM500 jika atlet sertai kejohanan antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

GEORGE TOWN: Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) memberikan elaun atau wang saku sebanyak RM500 bagi seorang atlet negeri yang menyertai kejohanan antarabangsa di bawah Skim Bantuan Elaun Insentif Galakan Prestasi.

Exco Sukan, Belia dan Kesihatan Pulau Pinang Gooi Zi Sen berkata MSNPP memperuntukkan RM60,000 setahun bagi 120 penyertaan sebagai galakan kepada atlet kebangsaan dari Pulau Mutiara.

Beliau berkata skim elaun itu diluluskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan, 21 Mac lepas.

“Kita mendapati kebelakangan tahun ini, hubungan antara negeri khususnya MSNPP bersama dengan atlet kebangsaan yang datang dari negeri Pulau Pinang agak kurang.

“Jadi ini adalah satu inisiatif supaya kita dapat mengeratkan lagi hubungan dan kita tidak mahu mereka (mungkin) setelah menjalani latihan di Kuala Lumpur putus hubungan erat dengan majlis sukan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa MSNPP , Persatuan Sukan, Jurulatih dan Atlet Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang di sini malam ini.

Gooi berkata atlet berpeluang memohon insentif berkenaan adalah mereka yang menyertai kejohanan antarabangsa diiktiraf dan antara sukan disyorkan pemberian token berkenaan ialah Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik Remaja, Sukan SEA, kejohanan sukan dunia dan sukan setaraf bagi Paralimpik dan Sukan Orang Pekak.

Baca lain  Liga Hoki Dalam Dewan Serian 2022: Penguasaan pasukan pilihan

Sementara itu, Pengarah MSNPP Harry Chai Heng Hua berkata antara syarat untuk memohon token berkenaan ialah ia terbuka kepada atlet Pulau Pinang mewakili pasukan kebangsaan diiktiraf oleh badan induk sukan negara, penyertaan kejohanan diiktiraf persatuan sukan antarabangsa, Majlis Sukan Negara (MSN) atau Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selain atlet tersenarai dalam sistem data MSNPP.

Menurut beliau, permohonan wajib dikemukakan kepada MSNPP sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas ke kejohanan melalui Pegawai Pembangunan Sukan (SDO) atau Persatuan Sukan Negeri manakala cara pembayaran akan disalurkan ke dalam akaun bank atlet berkenaan secara dalam talian.– BERNAMA

BERITA LAIN

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,