Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Elektrik Sarawak dapat permintaan luar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
ERAT... Datuk Abdul Rahman (kanan) bersama-sama warga kampung Jaya Bakti menjalankan aktiviti ibadah korban.
ERAT… Datuk Abdul Rahman (kanan) bersama-sama warga kampung Jaya Bakti menjalankan aktiviti ibadah korban.

KUCHING: Khidmat Sarawak Energy Berhad (SEB) kini menjadi tumpuan Singapura dan Sabah sebagai pembekal bekalan elektrik selepas berjaya mempamerkan perkhidmatan cemerlang dalam memperbaharui sumber bekalan tenaga dalam bidang hidroelektrik dan sistem solar.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, kerjasama di antara kedua-dua wilayah tersebut sedang dalam fasa perbincangan.

“Usaha dan perancangan dilakukan oleh kepimpinan Sarawak sejak tahun 80-an dahulu melalui visi jauh untuk menjadikan Sarawak sebagai tenaga pengeluar elektrik pertama di rantau asia ini menjadi satu kenyataan.

“Indonesia menjadi negara pertama menjalinkan kerjasama dengan Sarawak melalui SEB untuk mendapat bekalan elektrik ke kawasan Kalimantan Utara pada tahun 2018, dan yang terkini sudah ada perbincangan dengan Singapura dan Sabah.

“Beberapa negara lain yang memerlukan tenaga tambahan turut mengadakan perbincangan dengan Sarawak untuk mendapatkan perkhidmatan dimainkan oleh Sarawak Energy,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ibadah Qurban di Masjid Darul Falah Kampung Jaya Bakti anjuran Pertubuhan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI), Sarawak Energy Berhad, JKKK Kampung Jaya Bakti, hari ini.

BERCAKAP…Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Abdul Rahman Junaidi berucap pada Majlis Majlis Ibadah Qurban di Masjid Darul Falah Kampung Jaya Bakti.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru