ARTIKEL

Elwyn Jung sasar dua pingat emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penari kelahiran Sarawak, Elwyn Jung, 18, menyasarkan untuk membawa pulang dua pingat emas pada Kejohanan Seni Persembahan Dunia Olimpik Bakat Tahunan Ke-26 yang berlangsung tidak lama lagi.

Jung ketika ditemu bual pemberita memberitahu bahawa kejohanan ini bakal menjadi pertandingan antarabangsa pertama yang akan disertainya.

Elwyn Jung

“Saya akan bertanding dalam enam genre persembahan termasuk tarian etnik/cerita rakyat, kontemporari, lirik, jazz, terbuka dan teater muzikal.

“Memang menjadi impian saya untuk membuat persembahan di Amerika Syarikat, dan ia menjadi satu kenyataan apabila berpeluang untuk beraksi pada kejohanan yang berlangsung di Anaheim, Amerika Syarikat pada 28 Julai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pertemuannya dengan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berhubung penyertaannya dalam pertandingan itu di Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, Jung mendedahkan bahawa beliau sudah menjalani latihan bermula Februari tahun ini sejak dipilih sebagai sebahagian daripada pasukan mewakili Malaysia.

“Sejak itu kami telah menyediakan lagu, kostum dan juga berkerja keras meneruskan latihan sehingga sekarang,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, beliau yang pernah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Tarian Cina Kebangsaan Malaysia (CDE) Pertama pada 2021 bakal menyertai sebahagian daripada 11 kontinjen Malaysia pada kejohanan tersebut.

Turut bertanding, pemain biola Imran Azim Iskandar, yang merupakan naib juara pertandingan Instrumen Tradisional Kebangsaan pada 2021.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan