ARTIKEL

Empat bulan siapkan buku

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesukaran mendapatkan foto lama adalah cabaran utama di dalam usaha menghasilkan buku Riwayat Leluhur Catatan Salasilah Keluarga Abang Junaidi dan Hasbiah@Suteh Yusuf.

Penulisnya Abang Asri Abang Ariffin berkata, buku tersebut hanya mengambil masa kira-kira empat bulan untuk siap termasuk proses mengumpul maklumat. “Apa yang boleh saya katakan, cabaran utama penghasilan buku ini adalah melibatkan foto- foto lama.

Untuk bahan lisan, artikel tidak begitu sukar untuk mendapatkannya kerana ada ahli keluarga yang masih hidup dapat berkongsi.

“Disebabkan itu juga kita membukukan catatan salasilah keluarga Abang Junaidi sementara waris yang tua-tua masih ada bersama-sama dengan kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran buku tersebut pada Perhimpunan Keluarga Haji Abang Junaidi 2023 di Dewan Cats FM di sini, 24 April lalu

. Buku itu juga ditulis bersama- sama dengan Dayang Kartini Abang Ibrahim dan Dayang Hanani Abang Ibrahim. Dalam hal berkaitan, Asri memberitahu dia bersyukur kerana ahli keluarga besarnya dapat memberikan kerjasama yang baik dengan merakam dan berkongsi fakta serta maklumat mengenai keluarga masing- masing.

“Dengan cara ini juga, kami mendapat maklumat yang lebih tepat daripada anak dan cucu mereka sendiri. Maklumat juga lebih jelas,” ujarnya.

Menjelas mengenai sambutan, Asri yang juga Setiuasaha Jawatankuasa Perhimpunan Keluarga Haji Abang Junaidi memberitahu ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga tetapi juga orang luar.

“Kita pada awalnya hanya menyasarkan pembeli dalam kalangan ahli keluarga Abang Junaidi sahaja tetapi sebelum buku ini dilancarkan ia juga sudah mendapat sambutan orang luar dan berjaya menjual kira-kira 100 naskah.

“Untuk keluaran pertama ini kita hanya mencetak 200 naskah buku sahaja, tetapi sekiranya ada permintaan selepas ini kita akan mencetaknya semula.

“Kita juga tidak mempunyai promosi besar-besaran dan hanya menggunakan media sosial sahaja, kita maklumkan mengenai buku ini dan seterusnya melancarkan,” tegasnya.

Sementara itu, Asri juga memberitahu mereka juga menyerahkan buku tersebut kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerusi satu kunjungan hormat pada 23 April lalu dan ia juga membantu dari segi promosi.

Untuk rekod, majlis pelancaran buku tersebut juga disempurnakan oleh Abang Ibrahim Abang Junaidi. Buku itu juga dijual dengan harga RM40 senaskah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan