Trending

Empat ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
: Op Mabuk dijalankan BSPT IPD Padawan di Jalan Tan Sri Datuk Wee Boon Ping pada Sabtu. 

KUCHING: Empat individu ditahan kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di daerah Kuching dan Padawan pada malam Sabtu.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, kesemua suspek ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafiks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Padawan di sekatan jalan raya jalan Tan Sri Datuk Wee Boon Ping, Padawan dan Jalan Tabuan, Kuching.

“Seramai 16 orang pemandu, masing-masing lapan individu di Kuching dan Padawan disaring menggunakan alat SDII+.

“Seterusnya, bagi ujian pernafasan menggunakan alat EBA II didapati empat orang positif kandungan alkohol yang melebihi had yang ditetapkan semasa pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kesalahan disiasat di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Beliau berkata, kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun serta hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun.

Op Mabuk dijalankan BSPT IPD Kuching di Jalan Tabuan pada Sabtu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru